Ini album ketiga penyanyi kelahiran Algeria, Souad Massi yang diterbitkan pada tahun 2006 dan bertajuk Mesk Elil(Honeysuckle). Dua album sebelum ini adalah Raoui (storyteller) -terbit 2001 dan Deb(heartbroken) -terbit 2003.
Album ini menceriakan hidupku. Pada awalnya setelah dipinjamkan seorang teman,aku tidak ambil peduli sangat. Tetapi menjadi semakin menarik setelah didengar berulang kali.
Bila mendengarnya seakan ada semangat baru dengan percampuran muzik yang pelbagai -dari pengaruh rentak muzik Afrika,flamenco,arab,country,rock dan macam-macam lagi. Walaupun beliau menyanyi di dalam bahasa Arab (slang Algeria) dan mungkin sedikit bahasa Afrika,Perancis dll sedikit pun tidak membantutkan apresiasiku terhadap lagu-lagunya.Bukankah muzik itu berbicara tanpa bahasa?
Seawal lagu pertama sudah terasa keseronokannya.Lagu Mesk Elil yang perlahan membuai perasaan.Kilyoum,lagu kedua pula kedengaran seperti bunyi flamenco.Tiba kepada lagu ketiga keseronokan tidak dapat ditahan lagi kerana inilah lagu paling upbeat dan sesuai untuk menari.Lagu-lagu seterusnya terus membuatkan kita seakan mendengar rintihan dan luahan perasaan yang tulus dari seorang imigran di sebuah negara yang lain.
Lagu kegemaranku di dalam album ini adalah Tell me Why dan Khalouni.
Adakah muzik sebegini akan dapat dihasilkan jika Souad Massi tidak berhijrah ke Paris?
No comments:
Post a Comment