Monday, December 03, 2007

jalan raya di tanahairku yang indah

Menjelang sambutan hari natal tahun lepas, ketika memandu sendirian pulang ke kuala pilah dan melalui track jalan bukit putus (dan sambung) yang mencabar, tayar keretaku telah pecah di selekoh pertama setelah melepasi bukit putus. Puncanya adalah lubang yang terlalu banyak di sepanjang jalan tersebut. Tidak silap perkiraanku setiap 10 meter terdapat lubang yang kecil dan besar di kiri kanan jalan. Dengan lampu jalan yang sederhana dan tidak membantu, aku rasakan keretaku sudah senget ke sebelah kiri.Di depan dan belakangku tiada kereta.
Malam itu bukan malam jumaat. Dan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.Mahu berhenti di tepi ,ruang tepi jalan terlalu sempit dan aku mungkin dilanggar kereta lain. Jadi aku menggagahkan diri memandu dengan kadar kelajuan 30-40km/sejam sehingga melepasi jalan merbahaya ini sehingga sampai ke pekan kecil kuala pilah. Lagipun mahu berhenti di bukit putus, terasa mistik pula.Nasib baik rim tayar tidak bengkok.
Ketika itu negara dikejutkan dengan banjir di Johor dan beberapa tempat di tanahair tercinta ini. Kawasan Negeri Sembilan tidak terkecuali. Inilah punca lubang-lubang ini terjadi.
Pemimpin tertinggi negara diberitakan sedang bercuti di Australia.
Beberapa bulan lepas, Mohsen juga mengalami keadaan pelik bila memandu kerana di satu jalan di Pahang ,keretanya berpusing dan melanggar pembahagi jalan. Kerosakannya boleh tahan.Nasib baik beliau tidak cedera. Mengikut pendapat orang ramai, jalan raya itu mungkin ditabur minyak. Mungkin juga struktur jalan raya itu sendiri.
Nah! Hari ini ibu kepada jejaka kelahiran Gombak,Norman mengalami kemalangan di Jalan Gombak yang terkenal sebagai jalan yang tidak pernah siap dan penuh lubang serta merbahaya untuk pemanduan. Ibu beliau mengalami kemalangan kerana terlanggar lubang dan ketika entri ini ditulis ada kemungkinan patah tangan.
Jalan raya di tanahairku ini tidak pernah siap. Sebagai contoh,projek jalan raya di negeri kelahiranku Terengganu sedang rancak dijalankan setelah tertangguh bertahun-tahun kerana perbezaan ideologi politik.
Aku dapat rasakan jalan raya akan pulih seketika bila pilihan raya menjelma. Pulih seketika sahaja. Mungkin bahan yang digunakan kurang bermutu.Mungkin juga kenderaan di Malaysia ini terlalu berat seperti kereta kebal.
Bolehkah kita menuntut gantirugi jika kita menghadapi masalah di jalan raya?
Ya!Betul,kita mesti berhati-hati di jalan raya! Tetapi jika jalan raya pun banyak masalahnya, macam mana?
tanahairku...

3 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Jalan rayalah petunjuk utama samada kerajaan sayang dengan kita. Kalau dibinalah jalan raya sampai dibina sampai ke dapur, itu tandanya kerajaan sangat sayang dengan rakyatnya. Maka apalagi, takkan buat tak faham lagi. Undilah Parti Tupperware!

Anonymous said...

Bercakap pasal jalanraya, semalam aku dalam kembara ke kampung mentua di Oya Sarawak. Kalau kerajaan ada banyak duit, negeri Sarawaklah yang patut menerima budget bina jalanraya. Kesian keadaan jalannya..

Dewangga Sakti said...

Drbubbles yg segak bergaya,
Di Ijok,jalan diturap sehingga ke reban ayam.he he
Parti Tupperware siapa Presidennya?
Abg Jiwarasa kah?he he
Enche Syamsul,
Wah! Online dari Sarawak? Di tepi hutan manao mana tu?
Itu Sarawak kena tanya Ketua Menteri yg segak menawan tu.
Sudahkah dibeli sumpit yg aku pesan itu?