Monday, November 26, 2007

Pengaruh radio

Jumaat lepas ketika memandu pada jam 11.15 malam,radio kubuka untuk mencari saluran Klasik Nasional. Sedang asyik memandu dan melaras stesyen,tiba-tiba kedengaran lagu yang amat kukenali berkumandang.Aku terkejut! Lagu gamelan di dalam radio!Lagu klasik ayak ayak yang dimainkan oleh kumpulan Rhthym in Bronze dan diterbitkan di dalam album pertama mereka pada tahun 2001.
Ini sudah bagus.
Aku berhenti di Al Makan (Selera Makan Benjamin ditutup pada malam ini kerana bos sedang melayan bayi yang baru lahir) untuk bertemu Norman.
Tidak lama kemudian setelah minum dan menyatakan kekaguman kami tentang Syamsul,aku memandu lagi untuk mengambil isteri di acara makan malam syarikatnya di KL. Radio seperti biasa dibuka dengan siaran stesyen yang sama.
Masa itu jam sudah 11:50malam.Sekali lagi aku hairan.Lagu gamelan lagi dan daripada kumpulan yang sama.Tidak lama kemudian lagu terakhir ke udara.Lagu yang amat kuminati dan tajuknya berdasarkan puisi seniman Latif Mohidin.Lagu ini dinyanyikan oleh Adibah Noor.
Fuh!Maknanya sudah hampir sejam dan semuanya lagu gamelan.Di antara pertukaran lagu,juruhebah berbicara tentang lagu dan aku memahami daripada percakapannya menyatakan Sunetra Fernando,gamelan,rhythm in Bronze dan Five Arts Centre.Itu sahaja yang aku faham!
Stesyen radio apa ini?
Jangan terkejut.Ini adalah stesyen berbahasa cina RTM,iaitu AI FM(Itu pasal lah aku tak faham!)
Bila agaknya kita mahu mendengar radio selebriti /swasta seperti ERA,Hot yang dapat memenuhkan sedikit slot mereka dengan lagu-lagu tradisional?Katakan hanya satu jam sahaja seminggu menyorot cerita tentang lagu tradisional kita yang pelbagai bentuk.
Tidak dinafikan pengaruh radio kepada masyarakat.Dengan pengisian bahan dan topik yang membina minda dapat meningkatkan keupayaan kita sebagai bangsa ang(ka)sa!Tidak lah nanti dikata orang bangunan sahaja tinggi!

7 comments:

Unknown said...

Saya pun rasa teruja mendengar lagu kumpulan Mohram di dalam pesawat MAS.

Anonymous said...

Radio cina? Aik pelik tu ...

GK

Dewangga Sakti said...

Enche Anuar,
Di dalam ERL pun ada lagu Mohram.
GK,
Saya pun pelik.Ini menunjukkan muzik itu bersifat sejagat.Kumpulan Rhythm in Bronze pun terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.Dan majoritinya wanita.

Anonymous said...

camne nak dapatkan album rhythm in bronze ek?bapak susah nak cari...
troupe bawah tanah ke?

Anonymous said...

nak tunggu ERA, HOT.fm tu nak siarkan lagu2 melayu irama tradisional...alamatnya srupa mcm nasyid yang diorang siarkan lepas pengumuman waktu solat...tapi tu pun dah dikira baik...masih disiarkan.
tak rock,tak urban,tak new age lah..katenye...
kirim salam kat DJ ai.fm tu...mantop ah!

Dewangga Sakti said...

Enche Wahyun,
Mahu beli,sila pergi ke Five Arts Centre di Tmn Tun Dr Ismail.Tidak pernah dipamerkan di kedai-kedai muzik.hatta di Tower Records sekalipun.
Inilah satu rakaman dan lagu-lagu yang bagus keluar daripada tanahair kita.
Jika mahu,boleh kuperdengarkan dan membuat salinan piring hitam jika perlu.

Anonymous said...

trimas.pusat seni lima ek?
bukan pesulima?