Wednesday, November 21, 2007

Main Catur lah!

Tahun 2002.
Ketika itu aku sudah hampir dua tahun menamatkan pengajian universiti. Dewangga Sakti dijemput (bukan dijemput sebenarnya tetapi menjadikannya sebagai tradisi) membuat persembahan di bawah program gerila yang dinamakan Malam Nur Akar yang dimulakan setahun sebelumnya.Ya! Program ini sebenarnya dikendalikan oleh teman-teman di dalam kumpulan sendiri dan merayakan kepelbagaian muzik selain nasyid di kampus. Kononnya menghidangkan satu alternatif baru kepada masyarakat kampus akan adanya muzik selain nasyid yang sah diperlakukan dengan halal di kampus kami berhampiran Sungai Pusu.
Kali ini program ini sudah menjadi edisi ketiga jika tidak silap dan menjadi program dengan biayaan paling kecil dan minima.Kebanyakan props,flyers dan belanjawan dikeluarkan sendiri oleh AJK dan tidak mendapat dokongan yang kuat daripada pihak berwajib.Ini kerana gitar masih haram di sini (pada masa itulah).
Pada masa itu antara kumpulan yang membuat persembahan adalah kumpulan Angklung Malam,gamelan dan deklamasi puisi serta tarian gelek(sebenarnya tidak!he!he!).
Tempat persembahan adalah di depan Moot Court,Kuliyyah Undang Undang.
Program tamat tanpa kekacauan atau tunjuk perasaan pada jam 11 malam.Kami menamatkannya dengan penuh keseronokan dan perasaan keangkasaan.
Tiba-tiba kami didatangi oleh seorang pengawal keselamatan yang katanya menerima aduan tentang kebisingan yang dihasilkan di situ.Entah siapa yang membuat aduan kami tidak tahu.
Kami sedang makan ketika itu dan program telah selesai.
Tiba-tiba penasihat kami dan pegawai unit kebudayaan,Bung Faisal memecahkan kesunyian," Kalau tidak mahu bising,main catur lah!"
He he
(Betul juga kata Bung tu.Selepas itu kami pun bermain catur sehingga waktu Subuh bersama pakcik guard!)

5 comments:

Anonymous said...

bung faisal...haha.org tu dah pun pindah ke matric pj (skarang ni dah tak panggil matric, dah jadi 'centre for foundation studies-CFS') sejak bung tinggalkan cultural n arts, unit tu telah berada di bawah pemerintahan:
1. Maswa Mokhti (2004-2006) dan kini mengikut suami ke London
2. Norliza Chek Hassan (2007-hingga kini) dan masih bujang...hehehe...

Nizam Ahmad said...

Tahun 2002 aku rasa antara era perubahan corak seni budaya di uia.. masa aku anjurkan inter mahallah cultUral week 2003 mcm2 org ckp belakang. tp akhirnya barulah lahir mcm2 band, kumpulan tari semua. Janji kita kena pandai kawal. Yang tak elok kita buanglah. Jangan sekat terus. Kot?

Dewangga Sakti said...

Enche Wahyun,
Adakah kamu berminat dgn Cik Norliza yg masih bujang itu?
Enche Nizam,
Tahun 2000 sebenarnya dah mula benda-benda ni.Ada rekod lebih awal lagi oleh senior kami.Apa yg penting adalah kita jalan,jalan dan jalan tanpa mempedulikan orang-orang yg hanya tahu bercakap sahaja.Sebabnya mereka ni tak buat apa pun.Hidup Sungai Pusu!he he

Dewangga Sakti said...

En Wahyun,
Unit kebudayaan ada berhutang dgn Dewangga Sakti pada tahun 2004 kerana untuk satu program kami dijanjikan bayaran.he he.Kira lupus lah sebab tiada hitam putih pun.
Selepas itu kami seakan diharamkan untuk membuat persembahan di UIA lagi.Sehinggalah kami dipanggil oleh Dr Iqbal dan atas khidmat cekap Nizam untuk program Mahallah Ali.
Main di sana bagi kami satu penghormatan.

Anonymous said...

huh?ade hutang tak langsai?keji lah uia ni...harap name jek islam.tapi klo bab2 berjanji ni mmg tak islamik langsung!(dgn nada marah...)
jgn la amik hati ngn unit kebudayaan uia ni...kami kat sini dah laaaaame makan hati ngn diorang...jadi dah takde hati untuk diambil lagi....(hahaha!)
norliza chek hassan?die dah pun ade yang empunya...