Thursday, November 22, 2007

Mabok Qawwali di Filharmonik

Light Of My Life / Sayyedo-Sarwer Muhammed
Muhammad (Peace Be Upon Him) is my leader and light of my life. He is the best to mediate for us on the day of judgement.
O, God (Allah) if you really need to judge my deeds then let it not be before the prophet Muhammad (Peace Be Upon Him).
Our relationship is like that of a king and his loyal subject.
You are generous where I am mean. You have shown me forgiveness despite my repeated sins.
The saints are true friends of God (Allah) therefore they should be regarded as indifferent.
Although I am unaccomplished, I am proud to be a beggar on your doorstep.
He who does not see the path of God (Allah) and saint as one is not a true disciple.
Rumi did not become a great scholar until he became disciple of saint Shamas-Tabreez.

A song written in Persian by Maulana Rum (known as Rumi) in praise of the prophet Muhammad (pbuh*).
(Lagu daripada album terbaru Rizwan-Muazzam Qawwali yang diterbitkan RealWorld)

Malam tadi kurasakan diriku telah disembuhkan. Seperti sakit angin, akhirnya malam tadi angin itu telah pergi. Magis telah terhasil tatkala mendengar muzik qawwali dendangan Rizwan-Muazzam Qawwali di Dewan Filharmonik Petronas. Konsert ini adalah tribute kepada ikon qawwali terhebat abad lepas(dan di tahun-tahun mendatang) iaitu Nusrat Fateh Ali Khan yang meninggal dunia sepuluh tahun lalu.
Rizwan dan Muazzam bukan orang lain.Mereka berdua anak saudara kepada Nusrat. Walaupun berumur di pertengahan 20an tetapi keupayaan dan kemampuan mereka membuktikan bahawasanya qawwali menjadi makanan kerohanian mereka sejak berabad lamanya yang diwarisi mereka sejak lima abad lalu daripada nenek moyang mereka.
Qawwali sejenis muzik sufi yang asalnya dikembangkan daripada sema Jalaludin Rumi dan dibawa ke wilayah India. Tetapi bentuk qawwali yang kita kenali sekarang diasaskan oleh Amir Khusrau pada kurun ke 13.
Bentuk muziknya mementingkan kekuatan vocal yang hebat (biasanya di dalam bahasa Urdhu,Punjabi dan,Parsi) Sesebuah lagu akan dimulakan oleh harmonium,tabla dan seterusnya vocal. Seperti di dalam ensemble ini,Rizwan dan Muazzam merupakan penyanyi utama dan diiringi oleh seorang penyanyi lagi, 4 penyanyi chorus,2 harmonium (yang juga menyanyi) dan seorang pemain tabla.
Nah! Bila sahaja harmonium diadunkan dengan tabla, keseronokan sudah dapat dirasai. Bila sahaja vocal bergema dengan nyanyian bersahut-sahutan di antara satu sama lain, terasa diri diangkat ke alam lain.
Semasa interval-rehat lima belas minit untuk persembahan di bahagian kedua sempat bertemu dengan penulis tersohor, Faisal Tehrani di luar dewan. Kelihatan penerbit bukunya pun berada di situ menonton persembahan. Sempat juga berbual dengan Tarmizi atau T:Zi (penyanyi,penerbit album,kumpulan Sirrfillsirr,Banjir) dari Singapura yang sempat kutemui di luar dewan.
Dan sahabatku ,Is aka drbubbles pun ada menonton setelah tidak senang hati petang itu di Kinokuniya kerana menyedari kemabokan maksima daripada muzik ini.
‘Malam ini kita mabok lagi di Filharmonik’,itulah panggilan telefon daripadanya pada jam 7 malam setelah tidak dapat menahan diri daripada membeli tiket. Ha ha
Aku menonton bersama isteri dan juga Hafezin,pegawai muda pelencongan yang segak bergaya.
Ternyata malam tadi menyaksikan bahawa nilai cinta yang ditawrkan di dalam lagu-lagunya menjadi penghubung manusia pelbagai agama dan bangsa. Terdapat mat saleh, India,Cina,Melayu,Punjabi menyaksikan konsert ini.
Meskipun lagunya berkisarkan tentang Islam dan memuji Nabi Muhammad dan ahlul bayt, khalayak tidak melihatnya sebagai satu tembok pemisah dan mereka bersama-sama bergembira dan menghayati satu muzik yang amat tinggi nilai seni dan spiritualnya(Moga kita semua beroleh manfaatnya)
Tepat seperti kata seniman Negara,Syed Ahmad Jamal ketika bertemu di luar dewan, “muziknya transcendental!”.
Diskografi album Rizwan-Muazzam – Sacrifice to Love (1999),A Better Destiny(2001) dan Day of Colours(2004)
Nota: Ketika menulis entri aku mendengar lagu dendangan Nusrat di dalam muzik runut bunyi ‘Dead Man Walking’

3 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

zoy,

muzik ini terlalu 'deep' untuk saya yang masih 'mabuk kepayang' akibat 'nasi pilau' malam sebelumnya.

Dewangga Sakti said...

Is,
ha ha.
Satu penawaran baru.Makan nasi beriyani yang banyak kas-kas.Dan menonton konsert ini.
Pasti kesannya luar biasa.
ha ha
Fuh!Terfikir macam mana mereka praktis suara mereka? Punya tenaga dan stamina yang luar biasa!

Unknown said...

Zul,
Tahniah kerana berjaya menghasut dr bubbles menonton qawwali. he he

Kecewa tak dapat pergi. Harapnya ada rakaman CD atu DVD kemudian hari..