
Ole Lillelund - Mudisland, January 2004
In his artworks, Amir Zainorin explores the relationship between art, politik and power. In a still more globalized world, we are under the influence of the mass media. With motives 'painted' with torn bits of paper, Amir invites us to reflect upon the world represented by the mass media and our own role in it.
Pia Lund Poulsen, June 2005
Pameran lukisan Amir Zainorin sedang berlangsung di Galeri Pelita Hati, Bangsar Utama bermula minggu lepas 30hb Oktober sehingga 24 November (no 22,Jalan Abdullah,Off Jalan Bangsar,59000 KL). Hari Jumaat 9hb,Dewangga Sakti telah membuat persembahan sempena perasmian pameran tersebut pada jam 8 malam. Kami juga bergabung dengan koreografer/penari Aida Redza dengan mengiringi tarian Aida di ruang luar galeri.Tariannya begitu eksperimental.Aida pernah kami tonton ketika konsert Mohram di Istana Budaya pada tahun 2003.Ketika itu beliau menjadi koreografer untuk tarian di dalam konsert tersebut.
Amir merupakan pelukis Malaysia yang sudah beberapa tahun berkarya dan tinggal di Denmark. Dia kukenali melalui rakanku,Fazli di awal tahun 2005 beberapa bulan selepas tragedi tsunami. Aku masih ingat ketika itu hari Sabtu di Laman Seni,Balai Seni Lukis Negara.Aku mendapat telefon daripada Fazli supaya bertemunya di kafe.
Di situlah perkenalanku dengan Amir. Tidak kusangka beliau anak kepada penyanyi ghazal terkenal,Zainorin Mohd Dom yang terkenal dengan lagu Ala Emak kahwinkan aku. Menurut Uncle Fadzil Ahmad,Zainorin Mohd Dom boleh menyanyi di dalam dua majlis dalam satu malam.Selepas habis di kampung ini,dia bergegas ke kampung yang lain.Ini betul-betul hebat!
Setelah itu kukhabarkan kepada Fadzil Ahmad yang mesra kupanggil uncle sahaja tentang Amir ini. Beliau amat teruja ingin bertemu setelah kuberitahu bahawa Amir ingin melawatnya di rumah. Anak kawan lamalah katakan.Mereka dahulu di dalam kumpulan Ghazal Sri Maharani ketika uncle masih di Muar,Johor.
Kami mengatur pertemuan untuk bertemu di rumah uncle di Keramat dan rupa-rupanya beberapa hari sebelum itu Fadzil Ahmad mendapat petanda dan firasat bahawasanya ada orang jauh ingin bertandang. Beliau berpakaian kemas seolah-olah ingin ke majlis.
Banyak betul perkara yang diperbualkan.Ini kerana uncle merasa amat gembira bertemu Amir. Cerita-cerita dahulu dibongkar kembali. Amir banyak bertanya tentang kehidupan ayahnya ketika itu dan apakah perkaitan di antara senikata lagu dan kehidupan mereka. Adakah ianya berkait?
Malangnya tidak banyak yang kita ketahui tentang Zainorin Mohd Dom yang boleh dikira sebagai lagenda di dalam dunia ghazal terutamanya di Johor.
keterangan gambar- Amir Zainorin (kiri) bersama Raja Gambus Fadzil Ahmad (2005) dan gambar-gambar sekitar persembahan
No comments:
Post a Comment