Friday, October 17, 2008

Nada dering haram

Minggu lepas,ketika melayari ruang siber aku telah terjumpa sebuah laman web berpusat di Singapura dan menjual ring tone (nada dering) Dewangga Sakti. Empat nada dering Dewangga Sakti telah dijual dengan harga RM4/ SD3 setiap satu. Alangkah gembiranya hati kami kerana akhirnya nada dering Dewangga Sakti telah mula dijual.
Opps! Kenapa ini berlaku? Penerbitan Lewat Senja & Dewangga Sakti tidak pernah memberikan persetujuan kepada mana-mana pihak untuk proses penjualan kandungan digital seperti nada dering ini. Kami tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak!
Namun begitu,beberapa bulan lepas, terdapat pihak yang berminat untuk memasarkan produk kami secara digital tetapi sehingga sekarang ,urusan itu masih belum berlaku atas sebab kesulitan masa di pihak beliau. Jadi,ini pasti pihak yang lain.
Peguam kami yang juga Tokeyunta sudah ke Dubai. Lantas,sahabat lama Cohong,seorang peguam kuhubungi. Dia memberikan beberapa langkah yang perlu diambil. Aku terus menghantar emel kepada syarikat berkenaan untuk bertanyakan hal demikian.Setelah seminggu,tiada lagi jawapan aku menghantar emel kedua. Jika mereka tidak membalasnya,kami fikir inilah masanya kami boleh jadi jutawan unta dan membina studio canggih di Kesultanan Gombak. Saman mungkin pilihan terakhir.Tetapi jika itu hanya pilihan,kami bersedia.
Link boleh dilihat di sini.
Di dalam perkembangan yang sama,dua stesyen TV juga menyiarkan lagu-lagu Dewangga Sakti di dalam dokumentari terbitan mereka. Terbaru ketika hari raya ketiga tempohari.Satu perkembangan positif. Adalah lebih afdhal dan berhemah jika mereka dapat menghubungi kami meminta kebenaran dan menawarkan kami slot persembahan.Bukankah di sleeve Cd terdapat peringatan seperti ini -Hakcipta terpelihara.Sebarang peniruan,penyalinan dan rakaman semula tanpa kebenaran adalah dilarang!
Tidak begitu? :)

5 comments:

Anonymous said...

Inilah keadaan yang begitu menggusarkan penggiat muzik. Satu penghormatan sekiranya ada yang berminat tetapi haruslah dilakukan mengikut saluran yang betul. Andai tidak ia merupakan satu penindasan

cohong gym said...

Malangnya kita di Malaysia kurang pengetahuan tentang hakcipta. Atau mereka tidak mengendahkan perkara tersebut atas dasar untuk mengaut keuntungan. Sepatutnya sebelum mainkan lagu DS atau nak jual ring tone, kena dapatkan dulu permission dari pemegang hak cipta. Sign contract, pastu buat bayaran etc, baru betul.

Dr. Bentara said...

bab cetak rompak ni boleh punahkan semangat. Malang bagi pemuzik.

Lebih malang lagi so-called peminat pun berebut2 menyokong benda2 pirate ni WALAUPUN artis pujaan mereka.

tak menghormati copyright ni typical 3rd world country mentality.

Syamsulfaiz said...

Trend terbaru dalam industri muzik sekarang, ialah buat lagu dan bagi free untuk dimuat turun. Contoh album terbaru Radiohead "In Rainbows" selamba tak taruk harga tapi ikut seikhlas hati pendengar. Tapi depa buat duit pada live concert dan merchandise. Samada buat macam ni, atau lawan piracy sekeras2nya.

Anonymous said...

Ini suatu yang serius apabila hak-hak seseorang yang telah diendorse dgn nyata dilanggari secara sengaja tanpa sebarang perjanjian. Saya fikir remedi terakhir ialah dengan saman! Teruskan memelihara hakcipta sdr ...