Thursday, October 09, 2008

Selamat terbang dengan selamat!


Lagu-lagu raya baru dan lama kedengaran semakin memualkan.
Tambah membosankan bila anggota kami yang juga badut kumpulan, Syamsulfaiz akan terbang ke Dubai pada malam ini untuk bekerja di sana (sekurang-kurangnya selama dua tahun).Tempoh dua tahun mungkin tidak lama. Dengan kecanggihan teknologi ,perhubungan akan menjadi lebih cepat. Kita ada blog,facebook dsbnya.
Tetapi jenaka dan lawaknya tidak akan dapat dinikmati lagi di depan mata.Bagi aku yang telah 14 tahun bersama dengan dia adalah amat menyedihkan untuk tidak lagi mempunyai sesi minum teh sambil mengusap-usap kucing parsi Smokey milik beliau.
Mungkin juga dia akan terus menetap terus di Dubai. Dengan gaji yang amat lumayan,tidak mustahil dia akan menetap lebih lama dan membina empayar di sana. Tambahan beliau boleh berbahasa Arab dengan baik.
Sementara itu, Selera Makan Benjamin telah diserahkan pemilikan (sementara) kepada Wah Yun Kua. Kereta Vios pula khabarnya akan jadi harta (sementara) kumpulan. Kumpulan juga lega kerana terdapat elaun bulanan yang diberikan sebagai duit kopi ( bahasa teknikalnya rasuah) supaya beliau terus diberikan tempat sebagai pemain bass selepas pulang dari Dubai nanti. Itu pun kalau dia pulang...
Jadi, kepada pembaca blog dan penggemar Dewangga Sakti,marilah kita bersama-sama mendoakan saudara Syamsul yang kami kasihi dipermudahkan perjalanan dan tiba di Dubai dengan selamat. Mari kita telefon dan sms 019 358 63 58 kerana selepas hari ini nombor ini tidak lagi beroperasi. Mari kita semua!
Kita kasi dia menangis!!!

Ahli-ahli kumpulan mengucapkan selamat terbang (Jangan tertinggal kapal pula!) dan jangan memanggil penari gelek ke studio apartmen anda nanti! :)

Nota gambar : bersama Syamsul (berbaju hijau ) di Chengdu,China setahun sebelum gempa bumi

6 comments:

cohong gym said...

Zoy, jangan risau. Dia akan kembali. Kau ingat bapak dia bagi duk kat sana lama-lama?

Dr. Bentara said...

balik jadi jutawan terus sponsor rekoding... apa ada hal ;)

tamlikha said...

aiseyman, aku baru naik opis ini hari selepas cuti raya, tak sempat call along utk ucap selamat jalan, farewell my friend......

Anonymous said...

HAHAHAHA...
Along tertinggal Kapal Angkasa betul2...hahahahaha
Along..2355 maknanya 11.55pm...
Sehari 24 jam saja
Pak Syamsul..Pak syamsul...

Anonymous said...

Perwira, betul ke dia ketinggalan?

wahyun said...

ini mmg betul2 tertinggal...apsal la bleh silap tgk tiket...ni sistem 12-jam kite ade belajar waktu sekolah...(mgkin along 'absent' pada waktu cikgu matematiknya mengajar topik ini)