Bila kita biasa bermain dengan pemain bass, kita akan rasa kekurangan bila dentuman bass itu tiada. Walaupun,kita ada tujuh orang yang lain memainkan pelbagai instrumen, kekosongan akan terasa pada awal-awal latihan. Jika kita melihat set-up kumpulan-kumpulan tradisional lama ,mereka langsung tidak mempunyai pemain bass. Biasanya yang ada empat instrumen - akordian, rebana, violin dan mungkin gong. Mereka bermain tiga atau empat orang sahaja.
Hasilnya? Walaupun tidak mempunyai pemain bass, instrumen lain bijak memainkan peranan menutup kekosongan tersebut dengan mempelbagaikan corak dan variasi permainan. menghasilkan bunyi yang hebat. Atau memang tiada kekosongan kerana mereka memang tidak memikirkan langsung tentang bunyi bass tersebut. Di dalam muzik ghazal pula, perkusi seperti tabla yang mempunyai bunyi bass dan treble akan membuatkan bunyi muzik itu menjadi padu. Rebana juga boleh bertindak begitu meski mempunyai tone berbeza.
Di dalam banyak acara-acara di luar negara dan di sini, kami juga agak terbiasa dengan ketiadaan bass kerana kuota dan sebab-sebab lain.
Di dalam situasi kami sekarang, Tokeyunta sudah berhijrah ke Dubai menyebabkan kami tidak mempunyai pemain bass untuk masa sekarang. Jadi, kami perlu lebih kreatif untuk memainkan muzik dengan tidak memikirkan sangat tentang pemain bass (untuk tempoh hijrah tokeyunta selama dua tahun).

6 comments:
audition la bassist baru. Gua ada bass gitar sebijik, kalau dah kat Malaysia nescaya aku apply...
Saya boleh petik bass sahaja, tetapi tidak pandai nak mendentam-dentumkan.
Abg Ben,
Ada yg berkenan di hati tetapi masa kerja beliau menyukarkan keadaan.Mungkin kami akan buat audition juga tetapi itu pun perlu difikirkan nanti. Ini kerana DS dah jadi satu keluarga.Jika ada orang baru nak dimasukkan,kena melalui orientasi dulu.
Selain itu,keserasian dgn kami.ha ha
Enche Anuar,
Boleh petik? Petik macam mana tu? ;)
Ya lah ... lesennya Kesultanan Gombak. Kalau tidak, tak serasi.
Abang Ben, kalau kau ganti main bass, nescaya aku tak bole masuk DS balik lepas ni...
Anuar, kalau sudah terpetik tali yg empat, gerenti berdentum dentam.
Mana bole tukar bassist baru. Nanti tauke unta tak hantar elaun kat korang.
Post a Comment