Thursday, November 27, 2008

Selamat hari lahir,Datuk!


Tiga puluh tahun yang lalu pada tarikh ini telah lahir seorang insan yang akhirnya berjaya dianugerahkan gelaran Datuk pada minggu lepas oleh sebuah negeri di atas sumbangan beliau di dalam bidang sosial,sukan dan sahsiah diri.
Aku diperkenalkan kepada insan ini yang namanya banyak digunakan di Iran dan Pakistan (juga sebuah filem yang namanya sama tetapi ejaan berlainan) lebih kurang hampir sepuluh tahun yang lalu oleh seorang sahabat yang di dalam namanya terkandung nama Arab dan Inggeris.
Lapan tahun yang lepas, ketika bulan sedang mengambang penuh di langit kesultanan, kami telah mengadakan perbincangan serius untuk mewujudkan sebuah kumpulan tradisional berpaksikan gamelan. Bulan-bulan awal menyaksikan idea itu hanya berlegar di dalam fikiran dan kertas-kertas A4 serta contengan di dinding.
Kali pertama kami menghasilkan lagu bertajuk Inderapura di bilik gamelan yang tinggi (tiada lif untuk mengangkut instrumen ke bawah),angin kuat telah menyapa pertapaan kami di bilik tersebut ketika Gong agung dipalu. Pekin yang dimainkan segera diberhentikan. Tanpa alamat dan petanda, angin tiba-tiba sahaja menerpa membuatkan kami berhenti sejenak.
Kali ini bila kuingat, tiba-tiba memori tentang pekin,saron,bonang, gambang datang kembali. Sudah lama juga kami tidak bereksperimen membuang 'angin' yang datang dalam diri. Mungkinkah ada sinar kami akan bereksperimen kembali?
Selamat hari lahir, Datuk!
Nota: Kami masih menunggu hadiah dan elaun dari Dubai.

8 comments:

Anuar Manshor said...

Oooo dialah Datuk rupanya...

shah jb said...

selamat hari lahir ...

shah jb said...

errr.. maksud aku, selamat sambut ulang tahun kelahiran.

dannalli said...

Ya shah jb, ulang tahun kelahiran. Kalau hari jadi pula ... kenalah kira 9 bulan lebih awal.

wahyun said...

elaun2!

ubilepih said...

salam bro!

amcam lu dah jumpa cd2 cerita indon lama tu..ha..ha..klu dah jgn lupa burn untuk gua k.

Perwira said...

Kepada semua..terimakasih di atas ucapan selamat ulang tahun..
Moga anda juga akan selamat menyambut ulang tahun masing - masing

Syamsulfaiz said...

Happy Birthday Datuk Perwira. Alf mabroukkkkk !

Itu ringgit sekarang sudah mahal mahu beli. Dirham susah mahu bagi ini bulan.

-tokeyunta-