Thursday, July 23, 2009

Dedikasi untuk Kaji Junko

Bila heboh tentang PPSMI dan segala macam pandangan tentang bahasa terutamanya Bahasa Melayu,kami tiba-tiba teringatkan penterjemah kami ketika menyertai program ASEAN Tourim Fair pada tahun 2006 dan 2008 di Jepun. Kali pertama di Sapporo,Hokkaido dan keduanya di Kokura,Fukuoka.
Untuk kedua-dua acara ini, kami dibekalkan dengan seorang penterjemah Jepun bernama Kaji Junko yang berkhidmat dengan delegasi Malaysia sepanjang kami berada di sana.
Kak Jun (panggilan kami kepada beliau) pernah bertugas di Malaysia selama dua tahun di akhir 80an dan awal 90an di bawah program kelolaan JICA (Japan International Cooperation Agency). Tugas beliau ketika itu melatih guru-guru yang mengajar murid pra-sekolah (tadika) di Sungkai, Perak.
Apa yang kami kagum dengan beliau adalah kemampuannya bertutur BM dengan amat baik. Malah penulisan BMnya juga amat baik dengan tatabahasa dan susunan ayat yang baik. Telo pertuturannya juga adalah BM Malaysia dan bukannya Indonesia.
Beliau hanya tinggal selama dua tahun di Malaysia dan kemudian kembali ke Jepun tetapi pertuturannya seperti sentiasa tinggal di Malaysia. Malah kami yakin pertuturannya lebih fasih daripada segelintir rakyat di negara ini.
Semasa bersama kami, beliau sentiasa membawa buku catatan dan kamus. Beliau sentiasa mencatat dan cuba belajar sesuatu yang baharu.

8 comments:

wahyun said...

tentu cik kaji junko ini suka untuk mengkaji dan suka juga untuk dikaji.

tp blum tntu dia boleh mengaji.lidah keju...

Unknown said...

Comel betul Kak Jun!haha

JAIRO said...

org jepun mmg camtu... aku pun ada jumpa satu org mcm tu.. kat tempat aku ... dia boleh ckp dialek tempatan lagik tu...

Dewangga Sakti said...

Wah,
Dia tak makan keju.Dia makan sushi,tempura

Anuar,
ha ha

Jairo,
Mereka memang begitu.Kagum dgn mereka.

wahyun said...

oh? lidah sushi...beras pulut dari padang besar mungkin enak utk dibuat sushi...haha!

NormaN said...

wow! sedey plak bile tngok Kaji..

rindu..rindu..

masa d fukuoka aritu,Raof
berpantun ngan die..ehehe..dan
dia salin dlm notepad..smngat ..
= ) KAJI JUNKO yg cool..

wahyun said...

sedih? dia arwah dah ke?

Azmir Irwan Aris said...

ada tak e-mail/fb or lain2 cara yang boleh contact kak ju ni...? masa aku gi jepun dulu dia ni jadi penterjemah kami bagi group belia-NEET Solution...