Wednesday, August 19, 2009

Instant Cafe

Sabtu lepas, kami hadir memeriahkan acara pembukaan Instant Cafe House of Arts and Ideas (CHAI) di Jalan Templer, PJ. Sudah agak lama tidak ke sana melalui Jalan Gasing ,tempat beberapa ahli pernah jamming di sana belasan tahun lepas (Studio Black Widow).
Tidak sukar mencari lokasi tetapi ahli termuda dengan penuh keyakinan telah tersalah arah ke Seksyen 14 dan tertinggal persembahan (ha ha).
Baca tentang CHAI di blog Sharon Bakar di sini
(Sayangnya,kami gagal membawa kamera!)

20 comments:

wahyun said...

hahahaha!!!
keyakinan yg GAGAL!
hahahahaa!!!

The2ndBUN said...

bak kata orang indo -> FATAL!

wahyun said...

fatal?
mende tuh?

The2ndBUN said...

"kesalahan yang fatal" gitu

wahyun said...

cis...
andai masa dapat ku putar,
bagaikan siri roda impian
"saya putar haleeem"
maka tiada fatalnya...

oooohhoooo...
menghilir di sungei gooombak...

si.pari-pari.melayu said...

hahahaha sampai terpaksa dibantu oleh kembarnya yang berjantina perempuan.

hahahahahahahahahahaha

tak sanggup dah nak gelak lagi.

kesian.

keyakinan yang fatal. benar. tepat sekali.

bukan dua kali.

fatal mungkin maksudnya, memang xdapat diselamatkan lagi.

kan?

si.pari-pari.melayu said...

wahyun, tak perlu putar masa.

sesungguhnya, roda halim tuh permainan ilusi jek...

teman sejiwa said...

hahahahahahah

aku gelak sekali lagi.

tolonglah...

LadyTuscany said...

Buat sekalian warga DS:
Ramadhan Kareem. Allahu Akram.
Selamat Membesarkan Ramadhan.
Semoga dipermudahkan ibadah kali ini
dan dijauhkan daripada penyakit.

wahyun said...

ramadhan kareem!

Abdul Raof said...

Sebutir kurma di tapak tangan,
Buat suapan Lady Tuskani,
Alam bergema datangnya Ramadan,
Moga laungan menggamit sanubari...

LadyTuscany said...

tu diaaa pantun instant nukilan tuan abdul!

err, siapa nak suap kurma tu? :p

Abdul Raof said...

Mengejar bayang di Putrajaya,
Terbang melayang di jagat maya,
Menangis kurma menunggu hiba,
Empunya mulut tak kunjung tiba. :p

LadyTuscany said...

dengarkan ya tuan abdul..

Kalau tuan ke Danau Kota
Boleh kukirim air Kathira
Kalau benar bagai dikata
Insya Allah, bila-bila pun boleh bersua :)

wahyun said...

wau...ada balas pantun romadhon romadhon...

Syamsulfaiz said...

Berjalan di Dubai menaiki unta
Menyeberang sungai mendayung abra
Kelak empunya mulut memakan kurma
Abdul Raof jangan lupa memukul gambar

Abdul Raof said...

Kurma digigit pabila lapar,
Manis isinya,bijinya dibuang,
Bagailah mana memukul gambar,
Tiadalah tahu bila nya senggang..

LadyTuscany said...

mengertilah jua hati apakala
mendapat pesan tiada senandung
teganya tuan petitih bertala
tinggalkan jayaputra sepi merubung

Abdul Raof said...

tu diaa pantun keramat nukilan LT!...
errr...petitih bertala tu, apa maksudnya eh?:0

LadyTuscany said...

"petitih bertala" doesn't make any sense in this context..
perlukan kuasa telepati untuk mendigesnya,hmm..