Thursday, September 03, 2009

Jayaputra

"Kau ada bawa duit?",Abdul Raof bertanya.
Aku mengangguk seraya menghulurkan duit RM1.60 untuk membayar tol di Mines.
"Aku lupa bawa dompet",kata Abdul Raof. Ini bermakna hari ini dia menjadi orang tak bernegara. Segala MyKad,Lesen memandu semua tak ada. Jika dijumpai mata-mata ,pasti akan dicukai.
Hari itu kami tiba agak lewat kerana jalan amat sesak. Semua orang berpusu-pusu keluar untuk pulang berbuka. Huja pula lebat menambahkan lagi kesesakan. Kami tiba jam 7:10 malam setelah dua jam perjalanan.
Tiga lagi ahli juga sudah sampai. Seorang ahli lagi tidak dapat hadir. Sistem bunyi sudah tersedia.
Sebelum itu, anggota termuda menelefon memberitahu menteri sudah ada. Malah bukan sahaja menteri ,Misbun ,Jalani dan Razif Sidek juga ada di situ. Hattan juga ada. Eh! Apa dia buat dekat sini?
Kami segera ke gerai-gerai yang menyediakan juadah berbuka. Air hujan menjadi perisa tambahan kepada makanan dan minuman kami. Selepas solat, kami membuat persembahan dan berhenti beberapa kali untuk memberi laluan kepada penganjur membuat pengumuman dan solat isyak. Kami tamat sepenuhnya pada jam 9:40malam.
Ini pertama kali kami bermain di Kompleks Kerajaan di sini. Tatkala sampai ke sini, kami seperti sampai ke sebuah negara lain. Bentuk bangunan yang asing dengan nama kawasan berbahasa Inggeris. Ada suatu kawasan itu kami rasakan seolah-olah berada di dalam filem alien.
Setelah tamat dan menghabiskan masa di kedai sekitar Mydin, kami pulang. Di pertengahan jalan keluar daripada kota ini, ada sekatan jalan raya. Mujurlah tidak diperiksa lesen atau MyKad Abdul Raof. Jika tidak,nampaknya kereta beliau akan dipandu makhluk asing dan dibawa ke balai. (Mungkin mereka terpedaya melihat raut wajah bersih Pak Abdul memakai kemas Baju Melayu )


15 comments:

wahyun said...

raoooorf!
budaya tinggal tertinggal adalah sebati dgn aanak kapal demangga.

adakah tmpt itu dekat ngan 'twilight zone'?

F A L T 0 said...

putrajaya dikata bandar alien??
habis wahyun tu siapa?? (lagu twilight zone sedang berkumandang di background)!

may i ask, kenapa penulis entri DS suka mensensasikan empunya nama Abdul Raof. kalau tak Abdul Raof, mesti Wahyun yang disebut.mengapa? bagaimana? pasaipa? limaaza??

Dewangga Sakti said...

Wah,
Mungkin dpt menara lipas tu

LT,

Kerana nama mereka paling komersil sekali. Juga kerana watak salah satunya ada di dlm lagu DS. Kalau perasan,dahulunya watak Syamsul faiz pemilik benjamin cafe aka Tokeyunta menjadi bualan. Ini kerana rating mereka yg amat tinggi.
;)

F A L T 0 said...

Ooo..ada rating, hot stuff la ni. kira sekrg tinggal 2 orang ajela yang hot stuff dalam DS?? Hehe..

Hmm, saya kena teliti lagu DS lepas ni, utk memahami sejarah watak dan ceritanya. Betewe, tahniah sudah melangkah ke kompleks kerajaan. Siapa tau, esok lusa bisa panggung di Kementerian saya pula!

Noerman said...

ya! dan ramai juga sedang menjilat smasa majlis berbuka.. ShABRI licin macam pinggan mangkok kami jgak! ehehehe!

rashid sidek said...

belacan?
uhhh..
belacan ezany?
uhh..uhh..!!

wahyun said...

barang panas???
Bila Naik?
Baru Naik...

jilat smbil bergambar dgn mungkee...
urk...urk...aaarK!!!!

LadyTuscany said...

wahyun ada paparazzi yang setia. ciri-ciri hot stuff dah tu. hehe.

mana pi mamu portnoy lama tak nampak??

wahyun said...

papa razzi???huhu...bahaya2.
mamu portnoy mungkin sibuk dengan 'high chapparal' penang...dia cover area tu selaku pengutip wang perlindungan...haha!

Syamsulfaiz said...

Abdul Raof memang mempunyai kelasnya yg tersendiri yg sukar untuk ditandingi. Barang panas menggelegakkk..!

wahyun said...

fuh..panas menggelegak...loading...hahaha!

Unknown said...

Syamsulfaiz a.k.a Brad Pitt Malaya mmg hebat dalam memberikan motivasi... Otot pejal di bahagian kepaknya selalu menjadi idola ramai taruna & duda..aawwww!!

Anonymous said...

brader abdul raof mmg kool..
xcaya, ajak dia kuar minum..
haha

-mosabiro-

Anonymous said...

hai warga dewangga..dimaklumkan husamwaksa akan bawak pulang gambus yang banyak...maka war warkanlah seantero malaya...stok terhad

husamwaksa, kaherah

Anonymous said...

husam, gambus kurang manis 1!