Tuesday, June 15, 2010

PDDP lagi


Hujung minggu lepas,kami terlibat membuat persembahan di majlis konvokesyen KLMU (Universiti Metropolitan Kuala Lumpur --dahulu dikenali sebagai Kolej Teknologi Cosmopoint) di PDDP. Ini kali kelima kami mengiringi graduan KLMU menerima skrol mereka dan kali ini jumlah graduannya paling banyak seramai 1700 orang. Kali pertama kami terlibat pada tahun 2005 dan terus menerus setiap tahun selepas itu pada tahun 2006,2008,2009 dan kini 2010 (tahun 2007 ditukar tahun 2008).
Masih jelas di ingatan pada tahun 2005 ,majlis ini diadakan di Dewan CAC,UIAM. Tahun selepasnya juga di situ. Selepas itu di Dewan MCA ,Jalan Ampang. Dua tahun terakhir ini diadakan di dewan PDDP.
Kali pertama kami terlibat bergandingan bersama gamelan UIA. Begitu juga di tahun kedua. Tahun seterusnya hanya kami sahaja yang mengiringi keseluruhan graduan. Jika diteliti komposisi ahli,hanya dua orang sahaja yang kekal bermain sejak 2005,menunjukkan perubahan anggota sejak 2005.
Begitu lama masa sudah berlalu.
Untuk edisi kali ini,dua ahli terikat dengan komitmen lain menyebabkan mereka tidak dapat menyertai kami. Maka seorang ahli undangan dipanggil menyertai kami. Zan yang merupakan teman kami dijemput untuk bermain bass untuk majlis ini. Zan yang kebiasaannya bermain di kumpulan-kumpulan batu sekitar KL menyahut cabaran untuk bermain muzik tradisional.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Azrul dan seluruh warga kerja KLMU yang menjemput kami .

* PDDP- Pusat Dagangan Dunia Putra

5 comments:

wahyun said...

ak'elaaaah!!!
ni pemuda parti mana sedang berucap????
CIS!!!!!
rasa mcm nak lempang jek pemimpin parti yang berucap di pentas PDDP tu. difahamkan beliau mengambil makanan dgn banyak semasa di kafe rasmi sebuah parti bersifat kebangsaan semasa di PDDP berkenaan.
soalnya, duit mana dia kebas?
duit siapa????

zan said...

1Israel!

wahyun said...

zan - ini calon pemuda bagi cawangan Tel Aviv.

Syamsulfaiz said...

wahhh zan sudah mula berjinak dgn DS....Azrul Cosmopoint memang terbaik !

zan said...

Syam tokeyunta..

Isk..jinak2 je beb. Nak take over tempat ko jauh sekali.. Sekali sekala nak lari dari muzik batu..Kalau keras je selalu pun susah gak..senang patah! hahaha