Setelah empat bulan,akhirnya kami dapat mengadakan persembahan dengan kesemua ahli hadir. Yang ditunggu dan dirindu,ahli termuda yang dipaksa berhijrah ke Kuantan akhirnya pulang mengadakan persembahan.
Minggu lepas ,kami dijemput mengadakan persembahan sempena pelancaran buku karya Tan Sri Ramli Ngah Talib,bekas MB Perak. Buku tersebut merupakan catatan tentang hidupnya sejak kecil yang ditulis dengan agak terperinci dan menarik. Banyak catatan tentang sejarah Perak dan sudah tentunya Pasir Salak yang menyimpan banyak sejarah tanahair dengan perjuangan Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor. Dato' Sagor merupakan moyang daripada sebelah bapa beliau dan sudah tentu catatan sebegini dinanti-nantikan kerana seperti yang kita tahu tidak ramai tokoh Malaysia yang menulis tentang riwayat hidup mereka. Jika ada pun,tulisannya terlalu umum.
Banyak cerita tentang kisah silam masyarakat Melayu ketika zaman Jepun dan Inggeris diceritakan. Cerita-cerita di kampung yang sudah pasti hanya menjadi nostalgia pada masa sekarang.
Buku ini diterbitkan oleh RA Fine Arts dan mengandungi 319 mukasurat dan sudah mula dijual. Ia dilancarkan di Bilik Kuala Lumpur,PDDP.
7 comments:
tahniah.. keep it up a good work
dewangga pun mungkin kena terbitkan satu buku satu hari nanti...
Buku ini musti ku beli.
Mana gambar kostum baru?
MC suara lunak juga dirindui oleh matrock.
Kurma ajwa kesukaan ibu
Dibeli ayah di pekan Kudat
Bulan rahmat,berkat seribu
Selamat berpuasa,selamat beribadat!
Bulan puasa bulan kemerdekaan,
Semasa berpuasa kena ketuk ketampi,
Mari berpuasa rakan & taulan,
Kalau tak puasa, tak leh main bunga api...ngeeehehe
Sang Eragon khusyuk bertarawih
Sang Erawan pula beradu mercun
10 malam terakhirlah nak rebut keberkatan weh
Rajin-rajin cari lailatulqadr, barulah cun!
Post a Comment