Tuesday, September 27, 2011

Musim Bunga

Di bulan puasa ,kami berehat panjang. Ada ahli yang bermusafir ke timur tengah,ada juga ahli yang menyembunyikan diri di hutan simpan. Beberapa yang lain sibuk berbakti membajai pokok yang ditanam sejak tiga tahun lepas di UK Perdana, daerah bersebelahan kesultanan.

Bila musim hari raya tiba, beberapa jemputan dipenuhi. Di antaranya majlis hari raya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di Wangsa Maju dan majlis PEMANDU di Hotel One World, Damansara bersebelahan One Utama.

Di majlis PEMANDU, Wahyun yang sudah lama tidak menyertai kami kerana kesibukan tugas di pantai timur telah memandu sejauh 300km; membuat latihan sehingga jam 2 pagi dan persembahan keesokan harinya. Irwan pula tidak dapat hadir kerana masih sibuk dengan kerja-kerja keselamatan negara di pulau utara tanahair.

Manakala di majlis ITNM, pasukan DS ibukota menjemput pemain gitar yang kami kenali di program Perbadanan Adat & Warisan Selangor (PADAT) pada tahun lepas iaitu Abg Yom untuk menyertai kami. Abg Yom yang berpengalaman luas menyuntik semangat baru kepada kami yang masih di dalam proses pembelajaran.


3 comments:

wahyun said...

like it!

Anonymous said...

saya sendiri langsung senyap dari dunia bunyi bunyian kerana komitmen kehidupan yang baru...termasuklah juga komitmen terhadap perniagaan perkusi yang langsung telah lenyap buat seketika yang lama. walaubagaimanapun,saya masih didatangi permintaan2 dari pelbagai marah ada yang marah2 kerana sudah tiada stok. saya terfikir siapakah yang paling layak untuk menjadi perantis dalam bidang ini dan cuba bercakap cakap dengan beberapa rakan2. malangnya dari penghematan mereka bukanlah dari kumpulan yang faham musik. maka sekarang saya perlu cari yang ada ketiga3 gabungan supaya lebih mantap, memahami musik, ada sedikit modal dan juga mempunyai semangat keusahawann....

Insadong said...

husamworld, what's your point?