Wednesday, June 14, 2006

Dewan Komuniti TTDI

Dewangga Sakti telah membuat persembahan di majlis perkahwinan di Dewan Komuniti TTDI pada 10 Jun,Sabtu lepas setelah mengalami beberapa masalah yang kritikal dengan anggota kumpulan. Nampaknya rombakan tidak dapat dielakkan lagi dalam masa terdekat ini untuk menjamin perjalanan kumpulan di masa hadapan supaya lebih teratur dan sebagai langkah berjaga-jaga.
Dalam perkembangan lain,mereka dijadualkan membuat persembahan Sabtu,17 Jun ini di Alliance Francaise, Lorong Gurney untuk 'Fete de la Musique' yang diadakan saban tahun mengambil tradisi daripada negara Perancis. Banyak persembahan lain yang akan dapat juga disaksikan di hari yang sama di sekitar Kuala Lumpur.
Sementara itu,rakaman akan disambung semula Ahad ini untuk instrumen yang tidak menepati piawaian dan rakaman-rakaman lain yang bersangkutan.
Ini satu lagi berita baik:Akhirnya, T Shirt rasmi 'Dewangga Sakti' sudah ditempah dan bakal siap sehari dua ini. Setelah hampir enam(6) tahun, t shirt berjaya juga dibuat.Orang lain hari ini buat band,esok baju sudah siap.Tapi Dewangga Sakti amat lembab! Enam tahun baru dapat menghasilkan t shirt dan satu logo yang betul!Ha!ha!ha!

2 comments:

mohammed said...

mana t-shirt ni mana? apsal tk letak kt kedai T&T? Kompom aku beli dgn penuh keikhlasan!

dewangga sakti said...

Nak beli cakap kat Mawie.
Itu hari t shirt dgn logo je.Nanti ada idea lain.