Tuesday, June 06, 2006

Tools & Trade

Tools & Trade -sebuah kedai yang serba serbi bersedia menerima apa saja yang 'legal'(sah) untuk diniagakan berpusat di Kompleks Campbell,Kuala Lumpur. Dengan motto yang agak gila-gila 'we share everything except your wife', kedai ini bersedia menerima apa sahaja yang anda fikirkan layak untuk diletakkan di situ. Daripada demotape ke album ke piring hitam terpakai/ baru ke uniform askar /tshirt/beg/stickers dll.Pendek kata, kedai ini cuba menjadi satu one stop centre yang tidak ekslusif untuk satu kelompok sahaja.Mungkin masih terlalu awal tetapi usaha ini tidak wajar dipandang sebelah mata.
Nantikan temubual bersama pemilik kedai ini yang akan berbincang tentang visi mereka berkenaan kedai mereka dan juga isu-isu lain.

1 comment:

dizai said...

Assalamualaikum,
Apa kata ko interview dia skang. Dikala rambut baru ala-ala pegawai pertanian yg ingin memberikan baja utk org-org kampung.Aku dh amik kaset tu, bahan sejarah tu beb. Sampai hati diorg jual longgok camtu. Kt KK ari tu aku tgk kaset Cryptic/Indamnation pon masih jual full price RM 18.90 akan ku sambar tatkala aku kembali kesana muah ha ha ha ha ha(gelak SA Bakar!)