Tuesday, January 08, 2008

Bersantai di studio



Alhamdulillah,berkat kesabaran bangsa ang(ka)sa,mereka telah menghabiskan proses rakaman dua buah lagu yang mula dirakam sejak Ogos tahun lepas.Lagu-lagu ini akan diadun dan kemudian dimasterkan.
Lagu-lagu tersebut adalah Selembar Kaseh yang tempoh durasinya hampir 8 minit tetapi telah dipecahkan kepada dua bahagian.Bahagian pertama hampir dua minit akan menampilkan takseem- gambus dan violin sahaja.Kemudian diikuti dengan lagu penuh.Lagu ini telah dihasilkan dua tahun yang lalu ketika maghrib hampir menjelma.Ketika sibuk memetik gambus,aku meminta Azmi yang kebetulan datang ke rumah untuk memainkan rebana(rentak inang).Tidak lama kemudian,lagu ini diberikan nafas berbeza bila dimainkan dengan tabla (dirakam untuk demo pada tahun 2006) dan akhirnya kembali kepada rebana untuk rakaman sekarang.Mohsen telah melakarkan satu senikata yang menarik untuk lagu ini dengan tema yang amat universal.Pasal apa? Tunggu...
Lagu kedua yang telah siap adalah Kembali Menchari yang telah diilhamkan pada tahun 2001. Lagu yang amat lama dan telah melalui banyak transformasi.Jika tidak silap,ini adalah transformasi (atau reincarnation!ha ha)yang keempat. Aku telah menggubahnya ketika di bilik Mohsen (Mahallat Ali) dan memberikan melodi kepada Iqbar yang pada masa itu menjadi penyanyi utama.Gubahan ini pertama kali menggunakan gamelan (saron,pekin),3 orang pemain angklung,gitar akustik,bass,gendang ibu dan anak dan dipertandingkan untuk satu pertandingan yang kami sertai ketika itu.
Peringkat kedua pada tahun 2003 menggunakan ensemble gamelan yang lebih besar dan anggota seramai hampir 20 orang.Pada tahun 2001 ,kami tidak dapat menggunakan gamelan secara keseluruhan dsebabkan krisis yang melanda anggota-anggotanya.Ada dua kem yang menentang penggunaan gamelan di dalam Dewangga Sakti dan bertindak memburuk-burukkan anggota kumpulan sehingga ada anggota yang menghadapi kemurungan dan hampir bertindak nekad mencuri gamelan(he he).Pada tahun 2006,sekali lagi lagu ini menghadapi transformasi dengan permainan gitar Yaser yang fancy dan berstail Hawaii (demo 2006).Juga amat ketara di dalam rakaman itu adalah penggunaan gendang Sunda yang dimainkan oleh Azmi.
Nah!Sekali lagi lagu ini berubah dengan kemasukan gitaris yang lain iaitu Azman dan ini diabadikan dengan ketara di dalam rakaman terbaru.Nampak ketara penonjolan gitar di dalam lagu ini kerana imajinasi awal adalah penggunaan ukulele atau cuk dan cak.Inilah bentuk yang paling dekat.Sample juga digunakan di dalam lagu ini dan solo yang asalnya gitar telah diubah kepada gambus dan solo akhir ditambah violin.
Pada sesi rakaman sabtu lepas,tiga orang ang(ka)sa telah membuat guide kepada lagu terbaru iaitu Joget Spanco Ang(ka)sa---yang sehingga saat ini tajuk masih belum muktamad!Lagu ini merupakan ciptaan Norman yang membayangkan orang sedang berlari dan kemudian mengejar roket yang akan berlepas ke angkasa lepas.Terdapat nyanyian seperti 'hey','hoi','Along' di dalamnya.
Lagu lain yang dirakam iaitu Belayar ke Pulau Jauh (untuk mencipta rekod dunia) hanya sedikit bahagian lagi perlu diperbaiki.

3 comments:

Anonymous said...

gua dah nak mabok nunggu mabok kepayang...kasi publish satu malaya nanti!

Dewangga Sakti said...

Enche Wahyun,
Bersabarlah kerana bangsa ang(ka)sa kesuntukan masa untuk melakukannya dengan cepat.
Jika sudah mabok mahu mendengar,bolehlah datang ke markas dan kami amat berbesar hati akan mem'bakar' CD untuk kamu.Lagu Mabok Kepayang dan gesekan biola serta gambus.Mungkin juga beberapa lagu dokumentari.
Syarat untuk mendapat Cd ini adalah dengan membawa teddy bear panda atau apa-apa barangan berkaitan panda.

Anonymous said...

(wahyun quote from dewangga sakti) "Syarat untuk mendapat Cd ini adalah dengan membawa teddy bear panda atau apa-apa barangan berkaitan panda."

aiseh..mane nak cari bruang panda di tanah air kite yang beriklim khatulistiwa nih?
nnt bile saye lpg maka bepergianlah hamba ke markas tuan2 hamba...insya Allah...