Monday, January 28, 2008

Tahun dua ribu lapan masihi



Kami memulakan kalendar tahun baru dengan sebuah persembahan sempena pesta konvokesyen Kolej Teknologi Kosmopoint yang berlangsung di Dewan MCA,Jalan Ampang.Ini adalah tahun ketiga berturut-turut kami membuat persembahan untuk majlis konvo kolej ini.Keseluruhannya berjalan lancar. Bonusnya kerana dapat mendengar Prof Diraja Ungku Aziz yang menjadi Canselor Kolej Kosmopoint memberikan ucapan.Sungguh bertenaga di usia melebihi lapan puluh tahun!
Selesai acara, kami sempat menjengah acara baca naskah di Galeri RA Fine Arts di bawah kelolaan Raja Ahmad.Satu acara yang sungguh menarik.
Kami juga telah dihubungi oleh sebuah produksi dari Singapura,ScreenBox Pte Ltd yang akan membuat dokumentari muzikal ASEAN dan akan menemubual kumpulan Dewangga Sakti untuk slot negara Malaysia.Selain Dewangga Sakti,Pak Ngah,Abg Norehan(pemain gambus di Istana Budaya) dan beberapa nama lagi juga akan ditembual.Fokus di Malaysia adalah tentang gambus.Dokumentari ini bersifat travelog serta muzikal dan menampilkan semua negara ASEAN. Ia akan diterbitkan oleh MediaCorp.
Mungkin kami akan membuat sesi jamming dan membawa maskot kami bersama.Kali ini panda yang disewa dari Chengdu akan dibawa ke studio kami di UK Perdana.Kos akan diselenggarakan oleh peguam dari Yap Kwan Seng.
Kepada yang kepingin mendengar lagu,bolehlah ke http://www.myspace.com/dewanggasakti untuk mendengar lagu yang telah diletakkan di situ. Dua lagu itu diambil drpd sebuah dokumentari yang terbit pada tahun 2007.

3 comments:

cohong gym said...

Fuh....semakin maju la korang. Kalau perlukan penari gelek, bole panggil aku hahahahaha

Anuar Manshor said...

Tahniah!Semakin ada kemajuan;)Sukses!Sukses!Sukses!

dewangga sakti said...

Enche Cohong,
kami mengalu-alukan perkhidmatan tuan.Segala urusan di dalam USD akan dibayar oleh Peguam dari Yap Kwan Seng.
Enche Anuar,
Terima kasih.InsyaAllah ini akan menjadi galakan kpd kami untuk berusaha dengan lebih gigih.Hidup Sungai Pusu!