Wednesday, February 13, 2008

Faith/Hope/Chaos


Faith/Hope/Chaos
Malaysian Contemporary Music Vol 1

Alangkah gembiranya bila membeli majalah OFF THE EDGE yg menjadi bahan bacaan setiap bulan. Bulan ini disertakan dengan complimentary CD iaitu CD kompilasi memuatkan 15 lagu dengan tajuk Faith/Hope/Chaos Malaysian Contemporary Music Vol 1. CD ini menampilkan sembilan komposer Malaysia yang menghasilkan pelbagai rentak muzik kontemporari (bukan pop) dengan perisa klasikal,etnik dan penuh eksperimen dengan muzik mereka.Ada banyak pengaruh di dalam muzik mereka yang mewarnai dan menjadikan karya mereka sesuatu yang baru dan bakal memberikan interpretasi yang berguna untuk muzik kontemporari Malaysia.
Lagu-lagu daripada CD ini diambil daripada pementasan teater, orkestra,rakaman baru dan live di merata tempat di seluruh dunia.Di antaranya Saidah rastam -M's Doomed Wedding yg diambil daripada M The Opera yg pernah dipentaskan di Istana Budaya dua tahun lalu (menampilkan gamelan dengan rebab dan serunai),Dr Tazul Izan Tajuddin -Corak Arabesque V (2000) yang dirakam dan dipersembahkan di Italy, Adeline Wong -Synclastic Illuminations (2003) yang dimainkan oleh New Zealand Symphony Orchestra dan ramai lagi.
Komposer Malaysia yang menyumbangkan lagu di dalam CD ini bukan calang-calang kerana ramai yang sudah memenangi anugerah di Bolehland dan juga di seluruh dunia Ada yang berkarya di luar negara seperti Dr Tazul yang menetap di London.Inilah senarai nama komposer tersebut -Hardesh Singh, Chong Kee Yong,Dr Tazul,Yii Kah Hoe,Adeline Wong,Saidah Rastam,Ng Chong Lim,Johan Othman dan CH Loh.
Ia diterbitkan oleh Hardesh Singh dan CH Loh. Hardesh Singh bertanggungjawab menghasilkan soundtrack untuk Lelaki Komunis Terakhir,Chemman Chaalai,Tokyo Magic Hour,Gubra dll.Beliau juga merupakan seorang komposer yang berbakat besar dan pemain gitar yang hebat (dahulu pernah bersama Az (anak Datuk A Samad Said) di dalam Dalcha Duo) dan pernah belajar gambus dengan Allahyarham Fadzil Ahmad.
Off The Edge hanya berharga RM6.00.
Ini hanya ulasan awal.Selepas ini akan ada ulasan yang lebih teliti.Hidup muzik Malaysia!

No comments: