Wednesday, February 13, 2008

Taman tamadun?






Apakah ini taman tamadun yang dimaksudkan dengan replika senibina Islam dari seluruh dunia? Projek menelan belanja RM240 juta ini khabarnya akan menjadi mercutanda utama projek kerajaan di negeri miskin ini.
Taman tema yang menelan belanja yang banyak perlu dilengkapkan dengan sesuatu yang boleh membina minda rakyatnya. Bukan projek pasang siap atau sekadar ole-ole pilihanraya.
Masjid kristal ternyata amat menawan. Tetapi apa sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh taman tamadun ini? Sebuah akhbar harian menulis sesuatu yang amat besar dicapai apabila taman tamadun ini terbina.Katanya dengan melawat replika-replika tersebut ,kita tidak perlu lagi melawat ke tempat-tempat itu.Maksudnya dengan berkunjung ke taman ini,kita akan dapat belajar banyak perkara.
Tetapi bila diteliti tidak banyak yang dapat dipelajari. Apa kata pihak berwajib wujudkan perpustakaan di situ? Penuhkan dengan buku-buku yang berguna.Halwa mata perlu diisi juga dengan penerokaan fikiran.Atau sudah ada perpustakaan?
Tapak ini dibina di Pulau Wan Man yang bukan pulau secara fizikalnya tetapi terletak di muara sungai Trengganu dan di hujung Losong.Lebih tepat selepas Muzium Negeri yang mempunyai senibina mempesonakan itu.(Kenapa tidak diberitahu di dalam akhbar siapakah empunya diri Wan Man tersebut?)
Opps!Muzik tema dicipta oleh M Nasir .Di antara bait-baitnya seperti ini ," Islam hadhari mencipta tamadun" .Muziknya boleh tahan tetapi tidak sehebat lagu-lagu beliau di dalam Phoenix Bangkit.
Maju Malaysiaku!

5 comments:

Anonymous said...

memang itu tamadun mereka.menghabiskan wang rakyat (yang membayar cukai) merupakan hobi baru masa kini.
entah apa nak jadi malaysiaku ini...
cemerlang,gemilang,terbilang...
berhutang,temberang...

Unknown said...

Dahulu Rasulullah mengarahkan supaya dibakar sahaja Masjid Qiradh!

cohong gym said...

itu bukannya mencipta tamadun tapi lebih kepada mencipta nama. PM sekarang mahu memahat namanya kalau bole disetiap bangunan dan tempat. hidung tak mancung (macam aku) pipi tersorong2

Dewangga Sakti said...

Kawan-kawan semua,
Aku sudah pergi dan rasanya tak akan pergi lagi.Ini bukan tarikan ke Trengganu.Trengganu dikenali kerana rakyat,makanan dan pulaunya yg cantik.
En Cohong,
pipi kau mancung juga.he he

Anonymous said...

tapi kes kristal ni takkan mau dbakar...ape lagi, kite kopak2kan kristal tu dan di letak di umah...jadi perhiasan...
hohoho....mahal tu...mcm masjid yg dtmpl dgn duit...(duit rakyat lebih tepat lagi)