Friday, February 22, 2008

Pyan Habib yg cool!

Aku tiba lewat ke program Kata Suara 2 di Galeri RA Fine Arts kerana terlibat merancang program pilihanraya bagi calon PAPAN(rujuk entri sebelum ini).
Bila aku tiba di situ kelihatan Bernice Chauly sedang membaca puisi daripada buku terbarunya.
Kemudian susuk tubuh penyair ini (rujuk gambar) yang beberapa kali kujumpa di galeri ini tampil membaca puisi beliau. Ya! Ini dia watak Osman Tikus di dalam filem Kembara Seniman Jalanan.
Pyan Habib membaca sajak pertama tanpa teks tentang keresahannya tentang nasib penulis dan Bahasa Melayu sekarang. (Isu KOMSAS lah! Apa lagi?)
Walaupun isu ini agak diperkatakan sekarang,sajaknya yang kedua lebih menggelegak dengan tajuk 'Ayahku seorang YB di negara demokrasi' yang katanya ditulis di tahun 80an dahulu. Sungguh sinis dan bertepatan dengan demam pilihanraya sekarang.Masih relevan untuk iklim politik Malaysia yang belum matang dan mungkin akan mengambil masa yang lama lagi untuk matang. Seperti kata Zainudin Maidin (temubual bersama Aljazeera) yang berkata kita negara demokrasi kerana kita ada pilihanraya setiap lima tahun. Hanya kerana kita ada pilihanraya!Itu sahaja!Ha ha ha!
Ha ha ha! ha ha ha!
Ha ha ha!

2 comments:

cohong gym said...

Zainuddin Maidin mmg bodoh. Buat malu je

Anonymous said...

zainuddin maidin...hahaha
saya berpeluang mengikuti temubual eksklusif al-jazeera dagn mamak maidin ni menerusi perbualan telefon pada hari nazri aziz,KJ (khairy jamal unta) dan malik imtiaz sarwar ditemuramah dlm siri 101 East di astro.
(nak gelak dulu..hahaha)
"such a wonda-fool english uttered by this mamak maidin" (kata hati saya)
bleh plak die bilang yang "water cannon and tear gas are the most legitimate and democratic means to disperse the demonstrators (waktu BERSIH)"
dan lagi,
"we (malaysia) are democratic country...people are allowed to protest.."
(aku heran...allowed to protest?)

pala hotak die lah!mmg tak layak jadi mentri...undur..undur!!!

aku sokong klo cohong gym bleh ganti mamak maidin ni...hahahaha!!!