Thursday, January 03, 2008

Sayalah lelaki itu!

Suasana riang di Selera Makan Benjamin menjadi riuh rendah dengan pengumuman Syamsul yang meletak jawatan sebagai Presiden KEPANA(Kelab Panda Nasional) di sidang akhbar yang diadakan semalam.
“Saya merasa terpanggil untuk meletakkan jawatan di atas sebab yang saudara semua sedia maklum.”, begitu awal pembuka bicara.
“Memang sayalah lelaki di dalam video tersebut!” .
Kafe yang riuh rendah menjadi sunyi. Kelihatan mata beliau berkaca.
Norman yang berada di sebelah beliau di meja itu tidak dapat menahan sebak. Penyiasatan belum dijalankan dan video itu belum disahkan ketulenannya. Kenapa Syamsul sudah membuat pengakuan?Begitu fikir Norman yang melihatnya sebagai peluang yang baik untuk menjadi Presiden. Setidak-tidaknya Irwan jejaka akordian pun boleh merampas kuasa.
“Tetapi kenapa kualiti videonya teruk sangat? Model kamera video apakah yang digunakan?”
Demikian penjelasan Syamsul yang seterusnya sambil disambut dengan gelak tawa daripada semua yang hadir di majlis tersebut.
Rakaman video yang dimaksudkan adalah rakaman seorang lelaki yang melempang panda di sebuah taman haiwan. Puncanya kerana panda itu tidak mahu makan maggi yang disediakan. Sumber awal memberitahu makanan ruji panda iaitu rebung dan pucuk buluh tidak dapat disediakan kerana telah habis dan mereka kehabisan stok. Puncanya kerana banyak pokok buluh telah ditebang untuk membuat alatan kraf dan seruling buluh.
Syamsul memberitahu dia tidak dapat menahan perasaannya kerana sehari sebelumnya panda yang sama telah mengganggu kucing parsinya yang bernama Smoky. Smoky ketika ini telah dihantar ke pusat jagaan kucing di Bukit Antarabangsa kerana cedera di bahagian perut.
“Minta maaf tuan-tuan.En Syamsul tidak akan melayan soalan.Jika ada sila hantar ke alamat email beliau.Minta maaf ya!”
Demikian pengumuman pengerusi majlis, Mohsen yang baru pulang dari Tasik Pedu dan dalam keadaan tergesa-gesa dipanggil pengurus kafe untuk menjadi pengerusi.
Pengumuman siapakah pengganti Syamsul akan dibuat esok setelah ahli majlis tertinggi KEPANA bermesyuarat malam ini.
Siapakah akan menjawat jawatan tersebut?

3 comments:

cohong gym said...

Zoyyyyyyyyyy dah lama tak dengar cerita....Apa kabar? Aku tengok kau kat dalam tv3. Along beritahu kau orang perform masa bulan puasa itu hari......Stail tu Incik. Aku dengar kau ngan Along n Dewangga Sakti selalu perform. Caya la bro.
For Along...kau selalu hilang diri...kejap ada kejap tak de. dah macam biskut la. Lengan aku tak la besar sangat, ada la dalam 16in sekarang ni. Aku tengah kasi shape seluruh badan n size. Berat aku turun lepas diet sebelum raya itu hari. Tapi sekarang ni, tgh slow-slow buat size balik. Tapi yg penting aku buat shape. So far hasilnya memuaskan hehehehe.
Happy new year.

Dewangga Sakti said...

Cohong,
Aku nak buat gathering Metal Force UIA dulu-dulu,circa 2000.
Kau dulu menang cabutan bertuah masa party rilis EP tahun 1998.Masih ingat?
Kita buat gathering tahun ini sempena sepuluh tahun EP tersebut.
Mungkin aku sudah slow tetapi aku masih ingat semua kenangan zaman tersebut dgn ramai kawan-kawan yang menyokong perjuangan kami.ha ha.

cohong gym said...

hahahahahha mana bole lupa...aku ingat lagi. Nanti kasi inform sama kau bila dan di mana