Friday, May 09, 2008

Selamat Hari Ibu

Selembar Kasih

Tiada dapat diperbanding
Kasih yang tumpah bagai tiada penghujung
Bagaikan limpahan jernih si air
Mendamaikan ruang hatiku yang sugul
Damainya jiwaku bila disisimu
Rasa gundah berlalu hilang resahku

Di mana mungkin ku nikmati
Belai dan sentuhan lembut selainmu
Betapa indahnya senyummu
Menyapa kalbu tiap detik dan waktu
Alangkah murni ciptamu oh Tuhanku
Kurniakan rahmatmu buat ibuku

Adakah ruang bagiku
Kesempatan membalas jasa baktimu?
Mampukah akal dan kudratku
Mengimbang titisan peluh dan resahmu
Ingin ku bela dirimu oh ibuku
Itulah sumpahku duhai ratuku

Biarpun segunung salahku
Kemaafanmu bak laut tak bertepi
Ku serah jiwa ragaku
Kiranya itu memadai buatmu
Agar terus jiwaku dikalbumu
Agar kasihmu padaku takkan luntur
Moga mereka tahu tinggi nilaimu
Tiada pengganti kasihmu oh ibu


Muzik oleh Zulkifli Ramli ( 2006)

Senikata oleh Mohsen Amdan (2006)

Dimuatkan di dalam EP 'Dewangga Sakti' bertajuk 'Mabok Kepayang' yang akan muncul


Selamat hari Ibu kepada semua ibu dan bakal ibu!

3 comments:

Syamsulfaiz said...

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang berkunjung ke laman blog Dewangga Sakti. Terliur aku tengok gambar hidangan tu, daging kambing masak rempah a la baratdaya China ditemani roti pau. Sedaaappp. Adakah ibu sesiapa di sini boleh tolong masakkan?

wah yun kua said...

ibu kusuma dewi dari jakarta bleh tlg masakka kot..hahaha...
album bile nak kuar?

kamal sabran said...

salam, sebenarnya, aku ada terdengar tentang korang selalu, cuma masih blm dapat melihat korang perform lagi.teringin sekali. selamat berkenalan dari kamal sabran. *i put link to your blog too, keep in touch