Monday, May 05, 2008

Lambaian Pulau Perhentian

Indahnya berada di Perhentian.
Setelah banyak pulau kujelajahi untuk mencipta rekod dunia ,akhirnya aku tiba ke pulau ini yang tidak jauh dari rumahku di tempat asalnya Batu Bersurat.
Bapa saudaraku pernah memberitahu bahawasanya puluhan tahun yang lalu,datukku yang kupanggil tok ki telah mendapat sejumlah wang hasil jualan tanah pulau di pulau berdekatan yang dibahagikan di antara keluarganya di Besut(yang aku lupa nama pulaunya).
Akhirnya lengkaplah aku menjadi rakyat negeri ini kerana tiba jua ke sebuah pulau yang menghiasi pesisiran pantainya.
Tidaklah aku malu lagi bila ditanya adakah aku pernah berkunjung ke sini.
Oh Perhentian
Pasirmu halus bak tepung
Airmu sejernih kristal





10 comments:

Syamsulfaiz said...

Pulau Perhentian memang pulau tercantik sekali. Kejernihan airnya yang menghijau dan ikan2 yang jinak masih terpahat dalam ingatan aku walaupun aku melawatnya lebih 10 tahun dahulu. Bila boleh Dewangga Sakti ke sana bersama sekutu2 nya? Band trip anyone?

cohong gym said...

Perhentian memang cun. Kalau ada masa aku nak pegi lagi ke sana

Anonymous said...

aku gak x pernah ke sana, tahun lepas ada g ganu tapi setakat dungun je, satu hari aku pasti akan jejakkan kami aku bersama isteri dan anak-anakku yang tercinta utk menikmati keindahan pulau perhentian yg mengasyikkan

tamlikha said...

kalau dewangga sakti berkenan utk buat trip ke perhentian, jangan lupa mengajak patik d selatan ini, jika ongkosnya mencukupi, boleh lah patik join sekali hehehe

Anonymous said...

perhentian bas/teksi/LRT pun ok gak...ramai gadis2 kelihatan...hehehe

Anonymous said...

tulisan aku di sini bukan komen ttg entry 'lambaian pulau perhentian' tapi hikayat aku dengan seorang sahabat............

.......Pada tahun 1993, aku buat pertama kali terserempak dengan seorang mamat ni yg memakai baju t-shirt hitam dengan logo kecil band 'Obituary' di dadanya. "Rock gak mamat ni" getus aku dalam hati. Masa tu aku baru masuk matrix uia di Jalan Lembah Pantai...... dan mamat tu jugak baru masuk first year sama ngan aku.
Aku mula bertegur sapa dengan mamat tu selepas diperkenalkan oleh seorang student bernama anip dari seremban yg tahu aku nak pegi tgk gig metal kat seremban tapi takde geng nak ikut serta. "Aku zoy', kata mamat tu dan dari situ aku + zoy mula rapat atas dasar minat yg sama terhadap muzik metal. Aku + zoy sering bersama pergi menonton gig dan sesekali berjamming kat black widow bersama rakan-rakan di awal penubuhan Cryptic Malediction spt bear, kid, bidin dan rimi setann. Masa tu aku main drum tapi haram takde skil dan main cam gampang. Drumstick pulak besar gedebak sampai aaron black widow haramkan aku guna stick tu kat studio dia. Atas semangat dan komitmen zoy serta aku, kami telah merekrut arlong dan sahbullah untuk join Cryptic bagi menyempurnakan posisi bass dan gitar respectively.
Sejak dari itu, line-up Cryptic semakin kukuh dan serius dalam scene muzik death metal. Aku telah menjemput cinorth the burning twilight untuk membedal drum. Bagi menampakkan 'keganasan', zoy menamakan dirinya Philosoper Of Death dan aku pulak menggunakan nama Tamlikha Meo (kononnya nak tiru nama Tanelli Jarva vocal/bassist Sentenced yg aku minat gila), (tamlikha adalah nama salah seorang Ashabul Kahfi yg tidur di dalam gua selama 300 tahun), along pulak nasib baik tak guna nama Qitmir iaitu anjing yg turut sama tidur dengan ashabul kahfi hahahaah.....Dan sejak itu Cryptic tidak menoleh ke belakang dan terus aktif bermain muzik sehingga menghasilkan satu demo 'Cognitive Dissonance' pada tahun 95/96....dan seterusnya sebuah EP yg classic "Insanity To Berserk' pd tahun 1998 menampilkan pemukul dram yg baru GKnighto.....dan akhir sekali sebuah full length album 'Embedded In Blood.... Feudal Delirium' pd tahun 2003, menampilkan drummer Yom....
Aku membesar dan menjalani proses kematangan diri bersama-sama dengan Philosopher Of Death (selepas ini dirujuk sebagai POD). Banyak memori susah dan senang yg aku hadapi dengan POD masa kat uia dan jugak post-uia era. Paling aku tak boleh lupa aku pernah stay dengan dia kat uia pj selama seminggu masa semester break dengan berbekalkan RM 7 yg digunakan RM1 setiap hari untuk beli telor ayam kat kantin. Nasib baik ada beras dan cerek yang rakan-rakan lain tinggalkan untuk dibedal.... Era selepas uia, dalam tahun 2001 aku dengan POD menglami zaman yg dark sebab belum dapat kerja yg setaraf dengan degree kami. Kami secara tak sengaja tinggalkan anep sirotto keseorangan kat rumah sewa taman melati, dan sebaliknya aku lepak kat uia kat bilik din shrek dan POD lepak kat bilik djemal....alhamdulillah lepas tu POD dapat kerja kat APex sampai la sekarang ni dan aku pulak ditawarkan kerja di PTK johor Bahru. At the initial period, aku rasa tertekan yg amat sgt sebab karier di jb bermakna aku mmg akan split dari semua rakan-rakan di kl termasuk POD. tapi hidup mesti diteruskan dan aku redha dengan semua ini.
Enam tahun sudah berlalu sejak aku split secara total dengan POD dan warga Melati. Walaupun berjauhan tapi aku rasa kejauhan itu yg membuatkan aku rasa lagi akrab secara spiritual dengan POD terutamanya dan jugak companion yg lain. Cuma satu harapan aku.... agar aku + POD + arlong + Gknighto + anyone (czar perhaps memandangkan sahbullah is totally tidak bermain muzik lagi) akan dapat hasilkan satu final legacy dibawah nama Cryptic Malediction agar ia menjadi kenangan terakhir kita sebagai bukti persahabatan sejak dari era uia .....for eternity.
Aku sedar POd + arlong sibuk dengan kerjaya dan jugak Dewangga sakti, tapi keyakinan untuk Cryptic rilis final legacy tetap ada. Hanya masa dan takdir yang menentukan....
Inilah hikayat aku dan POD selama 15 tahun jalinan perkenalan kami... Dan sempena hari lahir POD yg ke 33 pada 7.5.2008, aku mengucapkan selamat maju jaya dan semuga berjaya dalam apa saja kerja yg dilakukan, dan semuga berada dalam lindungan Allah swt dalam segala perbuatan yg dilakukan dan dirahmati oleh Nya dengan rezeki yg melimpah ruah....Aminnnnnnnnnn........

Syamsulfaiz said...

Mak aiii... Tamlikha panjangnya comment kau. Aku cadangkan kau buat blog sajalah. Aku nak juga baca kisah2 pemuda metal dari Bota ni.
Sempena hari lahir POD, aku baru terjumpa website yang dokumenkan album2 Cryptic Malediction di sini

Anonymous said...

hehehe...... aku malas nak buat blog la along, aku lebih selesa jadi pembaca dan pengomen je, tapi bukan peromen hahahahahahh

ApOgEE said...

owh.. begitu rupanya sejarah cryptic...

little miss kechik said...

lenkali gi perhentian.. gi perhentian kecik & dok kat d'lagoon.. best hoo!