Album yang sarat jiwa dan falsafah Melayu. Terkandung di dalamnya lagu-lagu rakyat turun temurun disulami syair,puisi dan gurindam Melayu lama yang amat tinggi nilai estetikanya. Mendengarnya pada waktu malam seperti lagu dodoi yang melegakan keresahan. Di waktu pagi menerbitkan semangat kepada sesiapa yang mendengarnya.
Roslan Madun terkenal dengan nyanyian lagu-lagu rakyat. Sama seperti Aripin Said,seorang lagi tokoh lagu-lagu rakyat yang mengkaji sehingga ke hujung kampung.
Suaranya amat sesuai sekali mendendangkan lagu-lagu sebegini. Di dalam album ini,gitar dimainkan oleh Mohar yang turut memainkan seruling buluhnya.Selain itu ,Mohar menyumbangkan kepakarannya bermain rebana di dalam lagu Seloka Pak Kaduk.Susunan muziknya adalah sederhana dan tidak kompleks kerana suara dan senikatanya sahaja sudah dapat menghantar mesej yang jelas.Ibarat kalau muzik itu dibuang,suaranya sahaja sudah cukup kuat dan bertenaga. Dengan paduan seruling, jiwa muzik Melayu (atau lebih tepat folk Melayu) lebih menyerlah dan sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk anak-anak Melayu yang ingin menggali khazanah lagu-lagu rakyat yang tinggi nilaiya.
Walaupun begitu,kulit albumnya boleh diperindahkan lagi untuk menarik perhatian muda-mudi jatuh cinta pandang pertama dengan kulit album dan seterusnya meneroka pemikirannya yang penuh falsafah Melayu.
Harga RM20.00. Hubungi Roslan Madun di lanmadun@yahoo.com.my

1 comment:
terbaik nih...
Post a Comment