Monday, April 07, 2008

Kata-Suara Khas di Pesta Buku

Hujan lebat petang Ahad itu telah menyebabkan Mohsen tidak dapat hadir di persembahan khas anjuran SuaraSuara /RA Fine Arts di Kata Suara Khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kerana telah tersekat di Cheras.
Program ini menampilkan SN A Samad said, Sharon Bakar, Sayed Munawwar,kumpulan Usratika,Intan Rafiza,Tan Sei Hon, Raja Ahmad dan Dewangga Sakti yang dijemput membuat persembahan.
Kami memainkan dua lagu menutup acara petang tersebut. Lagu bertajuk Tertinggal Kapal Angkasa dan Belayar ke Pulau Jauh (untuk mencipta rekod dunia) telah dimainkan dengan empat ahli yang dapat hadir iaitu Abd Raof- perkusi (darbuka), Zul- gambus, Syam- gitar bass dan Norman (violin). Azman (gitara) tidak dapat hadir atas urusan keluarga.
Amat seronok juga bermain petang tersebut walaupun terdapat sedikit kecacatan permainan. Lebih seronok dapat bertemu dengan teman blogger baru seperti Sharon Bakar yang mempunyai blog dedikasi kepada buku dan sastera.Lebih menarik lagi kerana persembahan ini,kami telah ditawarkan untuk bermain di majlis makan malam sempena Pesta Buku di Dewan Merdeka keesokan harinya.Pada majlis tersebut,Abd Raof pula yang tidak hadir dan segera diganti oleh pemain perkusi hebat daripada UIA iaitu Wah Yun Kua.
Satu majlis yang tak dapat kami lupakan.Terima kasih kepada Sayed Munawwar dan orang kuat Pesta Buku yang lain kerana memberikan kami peluang.
Juga kepada Raja Ahmad yang gigih menganjurkan program sebegini yang pada asalnya dimulakan di galeri beliau yang bertempat di Jalan Aman, Off Jalan Tun Razak iaitu RA Fine Arts yang sentiasa aktif menganjurkan pameran seni setiap bulan.(oh ya! tidak lupa kepada Kak Ruzaimah dan Ted Mahsun yang mengaturkan program ini)
p/s: Sekali lagi kami mencuri gambar daripada Flickr saudara Firdaus Ariff yang budiman.he he
Hari ini(Isnin) ada rencana tentang Dewangga Sakti tersiar di Utusan Melayu (jawi)

4 comments:

Anonymous said...

rambut baru inche zoy...ade kelas gtu...gunting ktne tu?

bibliobibuli said...

lovely to have heard you all and am hearby registering myself as a member of the fan club.

Dewangga Sakti said...

Wah Yun Kua,
Gunting di kedai tepi rumah.RM6 sahaja.Melayu.bukan tukang gunting dari Madras.

Sharon,
thanks for the comment. We will keep you informed about the EP release.

Anonymous said...

gnting rmbut rm6? sgt murah dgn kos kehidupan serba meningkat di kuala lumpur.