Wednesday, April 09, 2008

Majalah baru

Akhirnya sebuah majalah yang menumpukan kepada muzik tradisional dan seirama dengannya telah diterbitkan oleh sebuah penerbit yang faham dengan kehendak pasaran yang menginginkan sesuatu yang lain dan segar. Majalah Folk Etnik disasarkan kepada masyarakat Malaysia dan mungkin sekitar nusantara yang menggunakan bahasa Melayu. Sesuai dengan taglinenya 'Menggali khazanah serantau'.
Satu isu yang padat dan bermaklumat. Sesuai dengan kekayaan muzik dan budaya yang ada sekitar kepulauan nusantara.
Isu pertama banyak menyorot sejarah dan perkembangan gamelan di Jawa dan pengaruhnya di Malaysia.
Beberapa rencana lain juga agak menarik.terdapat informasi tentang kedai muzik online yang diwujudkan untuk menangani masalah pengedaran album di kalangan pemuzik genre sebegini.
Harga hanya RM5 (Semenanjung) dan RM8 (Sabah & Sarawak).
Dapatkan segera!

5 comments:

Syamsulfaiz said...

Wahh sungguh tidak ku sangka. Kita dapat jadi gambar muka depan majalah. Aku nak beli 80 keping !

cohong gym said...

peh!!! korang memang hebatttt. Cover lagi tuh!

Anuar Manshor said...

Berikan saya naskhah percuma ya!ahaks

wah yun kua said...

mcm tipu jek majalah ni...

Jiwa Rasa said...

fuiyooo.

Dah jadi front cover magazine!! Dah sama standard dengan Fasha Sandha! he he