Monday, April 14, 2008

Ulat buku yang gila (serta bijaksana)

Dua hari lepas,pagi-pagi lagi aku sudah mendapat sms yang mengatakan beliau tidak dapat pergi ke pesta buku kerana terpaksa pergi ke Melaka. Aku tidak membalasnya kerana sedang tidur ketika itu. Agaknya kerana tidak dapat balasan,orang gila ini menelefon ku pula di tengahari memberitahu keadaan dirinya itu.Kami berjanji akan datang keesokan harinya iaitu hari terakhir pesta buku di PWTC.
Aku dan isteri tiba agak lewat jam 6:30 petang dan sms beliau mengatakan mahu tunggu sehingga jam 8 supaya memperoleh diskaun yang lebih hebat. Agak gembira ,jejaka Gombak iaitu Norman turut serta.
Aku dan isteri terus ke bangunan di seberang sungai untuk mengelakkan kesesakan di dewan utama. Di Dewan utama penuh sesak dan panggilan kepada Raja Ahmad (RA Fine Arts) mengatakan beliau di gerai Wira Bukit.Kami ke gerai yang penuh dengan majalah Time, National Geographic dan sengkatan dengannya. Entah macam mana, isteriku telah tertarik melanggan tiga buah majalah selama setahun dengan diskaun hampir lima puluh peratus. Separuh harga!(macam tak percaya!) Apa yang kami langgan? Tiga buah majalah itu adalah Newsweek (wajib) dan dua lagi -National Geographic dan majalah dekorasi rumah (Eh! Apa tajuknya?Lupa pula!).Selepas itu,jurujual memberikan kami 7 buah majalah secara percuma.Langganan bermula Jun ini.
Setelah bertemu orang gila ini,dia sudah menjinjit beberapa beg plastik berisi buku yang dibelinya di gerai Al Ameen (Faisal tehrani dll). Kami ke gerai PTS dan dia memborong puluhan buku yang membuatkan petugas-petugas pelik melihatkan seseorang membeli dengan kadar banyak dan bukan bayaran melalui kad kredit.Semuanya dibeli secara tunai! Nazri yang baru mengeluarkan Opera Angkasa juga berada di situ melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu.
PTS memberikan diskaun hebat kepada pembeli yang membeli di saat-saat akhir. Setelah mengetahui situasi orang gila ini membeli buku,maka beliau telah mendapat diskaun yang lebih hebat lagi di sini. Jumlah keseluruhan pembelian beliau di pesta buku ini melebihi RM1 ribu dan sejumlah besarnya di PTS.
Kami juga singgah di Wira Bukit untuk menandatangani petisyen Pak Samad menuntut pengembalian hakcipta buku-buku Pak Samad daripada DBP.Di sini orang gila ini membeli buku lagi di UA Enterprise yang menjual buku-buku Usman Awang. (drpd anak Usman Awang sendiri)
Oh! Sesungguhnya kami menjadi saksi mata kepada kegilaan orang ini membeli buku yang dibelinya atas inisiatif mengutip derma sendiri untuk perpustakaan rumah anak yatim. Satu usaha yang amat murni dan perlu diberikan galakan dan bantuan.
Tahniah kepada orang gila ini iatu DrBubbles atau nama sebenarnya Iskandar Syah.(mcm nama sultan da!). Orang gila ini layak diberikan penghargaan sempena pesta buku dan diabadikan sebagai ikon pembeli buku yang gila (dan bijaksana)!Orang-orang kaya (dan tidak kaya!) yang banyak membuang duit ke arah kerosakan minda dan hati perlu membantu orang gila ini dengan memberikan dana dan membuat yayasan di atas nama Yayasan Dr Bubbles dan kroni!.he he
Lawati laman web beliau di link di atas!
p/s: Gambar-gambar akan diupload nanti yg dpt menerangkan secara terperinci tabiat orang gila ini membeli buku dan keseronokan yang terpancar di wajahnya.

2 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Saya cukup bangga digelar orang yang gila buku!!Muahahahahaha!

Semalam memang kenangan paling manis dalam hidup.Gelap mata tengok buku dan capai without guilt at all.

Malam tadi tidur senyum lebar sampai mengigau..

"Buku..buku...bukuuu!"

Hahahaha!

cohong gym said...

Dr. Bubbles yang hebat. Tak pernah lagi tengok orang yang sanggup berkorban macam dia. Saluteeeee!!