Abdul Raof ketika menunggu untuk diujibakat sebuah iklan bank. Hati berdebar-debar dan jantung hampir terhenti.
Tiga orang daripada kami datang untuk mencuba nasib setelah dipanggil oleh sebuah agensi. Sebenarnya mereka mahukan watak orang tua yang umur melebihi 50 tahun untuk watak pemuzik. Kami redah sahaja untuk mencuba dan seterusnya menukar dialog kami sendiri.(he he)
Bayangkan sebuah iklan dengan watak pemuzik tradisional! Setakat ini,belum pernah ada lagi di sini. Lagu tradisional mengiringi iklan mungkin ada. Tabik kepada produksi ini dan penulis skripnya.
Walhasilnya,semuanya tidak dapat kerana terlalu muda untuk watak tersebut. Tetapi apa yang penting kami mendapat sedikit pengalaman daripada ujibakat tersebut.
Keesokan harinya aku mendapat panggilan telefon mengatakan gambus aku akan disewa untuk dijadikan prop dan digunakan oleh watak utama di dalam iklan ini. Daripada perbualan setelah berjumpa pengarah seni produksi tersebut,gambus ini dipilih kerana warnanya yang sudah agak usang dan nampak old school.Ia sesuai digunakan oleh watak utama yang menunjukkan instrumen ini sudah terlalu lama dan berharga.
Ya,iklan itu sudah menjalani pengambaran dan aku turut dipanggil untuk turut serta di lokasi.Sebuah iklan yang menarik dan kelakar!
6 comments:
Kau mintak sewa 8 juta, pastu kita bagi sama rata. Kau 2 juta, aku 6 juta hahahahaha
assalamualaikum w.b.t
hiiiii...
its me...LYNA & MUNN intern student who join this cOmercial....
PIDM...
TRIMAS coz abg zul sudi gave support 4 thiis cmercial..
4 renting ur beautipoool gambus..
actlly,this is my 1st time im look at a rEaL ganbus n watch how it played..
lovely tune....
so...u have ur own band rite?
DEWANGGA SAKTI.....
hopefully i can watch ur live prerformance oneday...
go22!!!
hehehe, fuiyo rauf, ko nak jadi model iklan ye....... bole try lagi di lain kali, semuga success bro......
lg masyuk klo ade model abg yg tough (mcm inche cohong)...bru ade stail ala2 iklan shieldtox...huhuhu
Cohong,
Bayarannya ok lah.Memuaskan.he he
Lyna & Munn,
Nanti jgn lupa beli album Dewangga Sakti.Saya juga amat berbesar hati dpt menyumbangkan sesuatu utk iklan ini.
Tam,
Raof dpt offer lagi berlakon filem tapi watak kena pakai skirt menyamar main netball.jadi,aku tolak supaya dia tak kena gelak nanti.Aku agen dia skrg.Mungkin kalau Cohong ok kot.ha ha
Wah Yun Kua,
Cohong watak iklan pembunuh nyamuk?ha ha!I like!
DEwangga Sakti memang sangat best! Thanks for performing kat UIAM baru-baru ni..
Post a Comment