“ I can tell you of all recordings that I have made, not one has satisfied me. When you record, you lose something. Take one, take two, take three. The power of the music is lost. I need to communicate with an audience for the music to fully develop.
(Idris Sardi –lagenda violin Indonesia – The Star ,Fri 18 April 2008)
(Idris Sardi –lagenda violin Indonesia – The Star ,Fri 18 April 2008)
Sungguh tepat kata-kata bestari daripada pemain violin lagenda ini. Rakaman dan persembahan 'live' adalah dua perkara yang berbeza. Ada pemuzik yang mengelak untuk membuat rakaman kerana takut 'punch' untuk rakaman itu tidak dapat menandingi aura 'live'. Betul seperti kata Mas Idris, kita akan berkomunikasi dengan penonton bila mana membuat persembahan di depan khalayak. Daya tarikan persembahan pula akan menjadi lebih bertenaga jika pemuzik dapat berkomunikasi dengan berkesan dan perlu juga kita katakan yang 'chemistry' di antara pemuzik juga penting. Pemuzik yang bagus tidak semestinya membuat persembahan sebagai satu unit dengan cemerlang dan penuh jiwa jika tiada 'chemistry' sesama mereka.
Pemuzik yang membaca nota juga tidak semestinya dapat menampilkan muzik yang cemerlang jiwanya kerana terikatnya mereka membaca nota tersebut. Cuba perhatikan Kitaro (yang tidak membaca nota) yang menghasilkan muzik yang amat tinggi sifat spiritualnya. Walaupun tiada vokal mengiringi, muzik beliau menjadi satu bahasa sejagat yang dapat berbicara dengan pemahaman kita yang mendengarnya.
Rakaman pula subjektif sifatnya.Ada yang menggemari ianya dilakukan secara live untuk mengekalkan kespontanannya. Ada pula yang lebih suka track by track-instrumen dimasukkan satu persatu.
Kedua-dua metod ini ada kelebihan dan kekurangannya.
Sebenarnya buat persembahan juga yang lebih enak kerana dapat menghilangkan gian pemuzik. Jika tidak dapat,pemuzik akan menggigil.
Tetapi untuk kumpulan terus hidup,mereka perlu melakukan rakaman.Lebih banyak,lebih bagus.
4 comments:
hehehe, aku terasa gian bila dengar cerita korang dah masuk studio untuk recording material for DS, terimbau kenangan silam masa kita record ITB EP 98, best nye kenangan itu, dek kerana kesibukan dgn tugas, bandmates kita telah berjauhan....... masih adakah sinar kenangan lama ini akan berulang..... cryptically insane forever
orang2 gila Cryptic
-3 org di KL dgn jarak 2km persegi antara satu sama lain
-2 org di JB tapi salah satunya telah meninggalkan muzik secara total
= 4 orang masih main (dengar) muzik di dalam situasi dan emosi yg berlainan
Oh ho...satu dekad telah berlalu.Usia pun meningkat dewasa.
Rasanya boleh diuruskan bila masanya tiba kerana aku hampir berjumpa kunci ke Bukit Seguntang itu.Cuma masa amat padat skrg.
harapkan terjadilah suatu apa yang bakal menjadi warisan turun temurun, sebuah rakaman yang berkualiti tinggi, untuk direnggut oleh penggila metal satu malaya, mungkin noktah kepada CRYPTIC MALEDICTION, aku akan nantikan saat-saat itu......satu kenangan yang abadi dalam meniti usia kita yg semakin bertambah, sebuah MASTERPIECE........
tntu sronok g recording...
Post a Comment