Tuesday, June 03, 2008

Dewangga Sakti di Singapura

Kami akan membuat persembahan di Hall 6,Singapore Expo, Sabtu dan Ahad ini. Berikut adalah jadual persembahan kami di sana:-
7 Jun (Sabtu) - 6 petang
8 Jun (Ahad) - 2 petang
Jika anda berada di JB atau Singapura,jemputlah datang ke sana kerana CD EP Dewangga Sakti bertajuk 'Mabok Kepayang' akan dijual buat pertama kali di sana. (Ya! EP kami akhirnya terbit setelah lapan(8) tahun!)
Kami berhasrat melakukan siri kembara ke beberapa tempat menarik di Singapura terutama Kampung Gelam dan tempat kegemaran kami lewat lagu Di Tanjong Katong yang amat hip dan trendy itu.Menurut sahabat kami di sana,kawasan Tanjong Katong itu sudah ditambak beberapa kilometer ke laut.
Kepada Mohsen yang mempunyai ramai kaum keluarga di sana,tidaklah menghairankan bagi beliau dengan pemandangan dan keadaan negara tersebut tetapi bagi anggota yang lain terutamanya bagi orang yang pertama kali ke sana (spt aku!he he) amatlah menyeronokkan!
Jumpa kami di sana!
Di Tanjong Katong
Airnya biru
Di situlah tempat mencuci mata
Duduk sekampong lagikan rindu
Inikan pula oh jauh di mata

3 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

tolong curi balik pulau batu putih!masukkan dalam plastik.sure lepas kastam punya!Cakap je kat depa - rumah api tu souvenir beli kat woodlands!

Selamat menghibur bros!

cohong gym said...

aku nak kirim salam kat Lee Kuan Yew. cakap ngan dia, aku nak mintak sikit duit dari Temasik Holding. Kalau dia tak bagi, kau sekeh kepala dia. Mungkin dia dah lupa, maklumlah orang tua dah nak mampos.

tamlikha said...

sahabat di jb ni terasa aura ds bila ahli-ahlinya melintasi jb sebelum menyeberangi tambak, slamat membuat persembahan....dewangga saktiku.....