Tuesday, June 24, 2008

Fete de la Musique

CD Dewangga Sakti bertajuk Mabok Kepayang sedang rancak dijual dan dipromosikan.
Tahun ini buat kali ketiga berturut-turut kami memeriahkan program Fete de la Musique yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Perancis di KL, Alliance Francaise bertempat di Lorong Gurney Ahad lepas.Festival muzik ini yang diadakan setiap Jun di Perancis sejak 1982 telah diperluaskan ke negara-negara lain.Di Malaysia juga tidak ketinggalan dan telah diadakan sejak beberapa tahun lalu.
Pada tahun ini(spt juga tahun lepas), Mohsen tidak dapat turut serta kerana urusan kerja di Langkawi. ( Pagi semalam beliau terpaksa membatalkan program di Langkawi kerana dikejutkan berita kematian bapa mertuanya di Kulim,Kedah.Al Fatihah)
Pemain gitar,Azman Jantan mengambil alih tempat sebagai vokal menyanyikan dua buah lagu -satu lagu zapin dan satu lagu Abg Hail. Nampaknya posisi vokal pasti panas selepas ini kerana Azman sudah berkeras ingin terus menyanyi.Nampaknya Mohsen perlu menukar posisi bermain gitar pula selepas ini.
Persembahan berjalan lancar. Cuma bunyi kurang memuaskan.Lagu kami yg didendangkan adalah Tertinggal Kapal Angkasa, Belayar ke Pulau Jauh dan Mabok Kepayang. Sebelum lagu Mabok Kepayang,kami melakukan improvisasi takseem dan solo instrumen dgn gitar bass digesek menggunakan penggesek(bow) violin.Bunyinya seperti cello dan erhu.Kadang kala kedengaran seperti music bowl kerana berdengung.Oh! Inilah yang menaikkan aura persembahan.
Kami mengakhiri dengan lagu yang kami pelik dengan tajuknya -Joget Johor Sport Club yang pernah di'rock'kan oleh gitaris Lefthanded,Samad di dalam album solonya dulu.Penonton juga banyak yang bertepuk tangan memberikan sokongan.Hampir kesemuanya bukan berbangsa Melayu.Ada mat saleh,arab dan cina.
Mungkinkah muzik kita lebih dinikmati oleh orang luar?
(Mungkin juga promosi tidak meluas dan kebetulan hari tersebut hujan pula!he he)
Soalan untuk gambar pertama- Siapakah wajahnya bercahaya ? (seolah-olah diturunkan daripada kayangan?)

9 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Hujan la bro hari itu. Tapi saya mendengar dewangga sakti dari jauh semasa performance. Pasang CD dalam kereta around the same time hari itu.

reenabeena said...

Caught your performance at La FĂȘte de la Musique. A GREAT performance all together. Keep it up yah!

Anonymous said...

rugi x dpt g... balik dr dbp ingat nak terus menuju ke tempat tersebut namun hujan menyebabkan daku kebasahan. keretaku tak berbumbung.... tambahan pula sahabat baikku yang juga teman istimewa salah seorg ahli dewangga sakti tidak membawa topi keledarnya...sekian. semoga anda semua berjaya....

Dr. Bentara said...

zoy... email kat aku email ko, ada sedikit soalan interview sikit...

masirbi at yahoo dot com

Dr. Bentara said...

zoy... interview upped... next few days review CD pulak. Datang ostolia weh... sini ada World Music gathering every year. Kalau dapat datang bagus.

Nizam Ahmad said...

tgk video kat spore dr utube je. huhu! seperti biasa muzik melayu asli mmg best.

album korang nih, akan dibeli nanti insya allah.. dh lama x beli album instrumental. yang last pun mohram antarsukha.

teruskan berjuang semua!

tamlikha said...

mmg wajar saranan bentara untuk ds mengadakan persembahan di ostolia, ke jepun sudah ke china pun sudah, tiba masa untuk ke negara omputih pulok, slamat maju jaya sahabat-sahabat ku....

ahmad pintu, cd telah ku terima tengahari tadi, aku sedang asyik melayan lagu-lagu ds, lagu-lagunya lagi best kalau di layan di tepi sungai atau laut sambil melihat mentari terbenam, sungguh mengasyikkan....

Anonymous said...

aha...wajah bercahaya itu ialah jejaka dari langit...iras2 warga kerajaan langit yg pernah disoal siasat oleh edisi siasat ntv7...

pak abdul! cik jeniffer kimsalam...huhuhu

Anonymous said...

reena beena ni rasa2nya duo girls yg perfrom aritu...mujur reenabeena...bukan ribena mahupun yalla beena...