'Oud
Buatan 'Ajib Nasif (Kaherah,Mesir)
Tasmim (Certification) oleh Naseer Shamma
Kayu Rosewood hitam
Gambus ini telah dibawa oleh Husamwaksa yang banyak membekalkan gambus (oud) dan perkusi (darbuka) di Malaysia. Gambus ini sudah lama di Malaysia melebihi empat tahun dan tiada pembeli. Sejarah telah mencatatkan bahawa gambus ini telah digunakan di Royal Albert Hall Of London untuk konsert Siti Nurhaliza yang dimainkan oleh Abg Norehan (Istana Budaya).
Sekarang sudah menjadi milikku. Alhamdulillah!
Bagaimana dengan bunyinya? Amat gemersik ! Mungkin lebih lama dimainkan lebih baik kerana gambus ini sudah lama tidak dimainkan dan dibiarkan kerana tiada pembeli.Sekarang sudah bertemu. Nantikan kami beradu dan memintal nada bunyi.
Jika anda berminat untuk membeli gambus,sila berurusan dengan Husamwaksa.

3 comments:
salam... bro.. kalau nak beli Darbuka dari Husamwaksa boleh rekomen special price??
Lobang kat gambus tu mula2 macam ada 'hidden Mickey' aje ... mari sama2 cari. Lepas tu macam 'Lilo n Stitch' pulak.
Selamat Berbuka ...... diakhir Ramadhan ni kuatkan diri dan banyak bersabar untuk dapatkan keredhaan ALLAH.
terima kasih kepada dewangga sakti kerana tidak jemu jemu memberikan sokongan kepada husamwaksa.
untuk makluman umum gambus tersebut telalu istimewa kerana telah menjelajah masa yang agak lama. asalnya ia dibuatkan oleh ajib khas untuk naseer shamma, kemudian diberikan kepada salah seorang pelajar terbaik yang jugak merupakan soloist tersohor iaitu ghassan youcef ( saudara zulkarnain yusuf pernah mengkondem permainan nya, mungkin permainan ghassan tidak setanding beliau)
lalu oud tersebut dipujuk rayu oleh saya untuk dibeli, dan oud tersebut adalah merupakan oud pertama saya belajar memetik awtar (mati separuh jalan)
antara kadang kadang nak jual dan kadang kadang tak jadi kerana terlalu sayangkan nilai astetika padanya. selalunya bila nak dijual pembeli kurang berminat kerana naif mengatakan oud tersebut kelihatan agak usang dan tiada kerawang kerawang yang menarik.
oud tersebut telah banyak kali dimainkan di filharmonik, istana budaya dan pernah dimainkan di albert hall untuk konsert siti.
akhirnya saya membuat untuk tidak menjualnya dan akhir sekali sepatutnya dihadiahkan untuk program muzik-muzik. walaubagaimanapun sekali lagi produser muzik2 memohon agar digantikan oud yang lebih cantik dan baru (sungguh naif mereka)
nilai oud tersebut jika dikira dari segi inventori harga belian adalah USD1000.00 (3.82) tetapi saya percaya nilainya lebih dari itu.
susah hati memikirkan oud saudara zul kita pecah terdetik idea untuk berikan oud tersebut kepadanya. biar oud ini ditangan yang hanya tahu menghargai.
husamwaksa
Post a Comment