Thursday, September 04, 2008

Salam Ramadhan


Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Untuk pengetahuan,kami bertiga telah selamat tiba ke KLIA seminggu yang lalu. Mungkin terlalu penat dan kepala berserabut, blog tidak dapat dikemaskinikan dengan segera.
Namun begitu,terlalu banyak cerita lagi yang ingin kami coretkan tentang pengalaman kami di Fukuoka (atau lebih tepat lagi bandar Kokura) yang menjadi satu pengalaman indah buat kami.
Bagaimanakah dengan segala kempen budi bahasa dan kempen jalan raya,kita masih lagi menjadi rakyat Malaysia yang masih tidak bertimbang rasa? Jika kita merujuk rakyat Jepun di dalam kes ini,kita amat jauh ketinggalan.
Secara berseloroh seorang teman ,Adi dari Brunai menyuarakan perkara ini kepada kami, "jika kita orang Melayu mahu belajar budi bahasa,elok dihantar berkursus ke Jepun."Kami tahu dia serius.
Di hampir setiap tempat,rakyatnya amat menjaga budi bahasa. Kalau di Malaysia,pekedai akan berbudi bahasa (mungkin) kepada orang asing (yang berkulit putih), tetapi di sana semuanya begitu.Tidak kira kepada rakyat Jepun atau pun pelancong.Mereka memberikan khidmat yang sama.
Taraf kebersihan amat cemerlang. Selain itu,kita dapat melihat vending machine di mana-mana dan tiada vandalisme berlaku.
Kalau diberi peluang,kami ingin lagi pergi ke sana.Mungkin dengan seluruh anggota dan membuat persembahan di sana. :)
Arigato gozaimas!
Nota gambar: Akhirnya parti PAPAN mempunyai hotel sendiri -APANDA!

4 comments:

wahyun said...

parti PAPAN semakin maju kedepan...
restoran SELERA MAKAN BENJAMIN...hotel APANDA...bila nak buat AGM shareholders?

Anonymous said...

Bila memandu diwaktu malam, di persimpangan apabila hendak membelok, mereka tentukan lampu kereta direndahkan untuk mengelak dari silauan lampu pada pemandu kereta didepan. Ini langsung tidak berlaku disini... kecuali oleh pemandu kereta Wxx 4886 / Wxx 25 /Wxx 300 dan Wxx 74 sejak lebih dari 25 tahun dulu lagi tapi sayangnya tak berjangkit.

Dewangga Sakti said...

Wah,
AGM sharelders akan dibuat pertengahan bulan kerana Selera Makan Benjamin akan difrancaiskan.

Abg Hamdan,
Betul tu.Sayang sekali kita tidak meniru tingkahlaku yg positif itu. :)

wahyun said...

cayalah! kita francaiskan kat jepun plak...cik naromi muete boleh uruskan di sana.