Tuesday, November 18, 2008

Cek punya cerita

Sehari sebelum Tokeyunta berhijrah ke Dubai, kami mendapat undangan mengadakan persembahan sempena Aidil Fitri di sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya ini. Kami bermain banyak set. Agak-agak dalam lima atau set persembahan dengan penampilan persembahan lain dengan pengacaranya amat popular di tanahair tercinta.Ada juga penyanyi daripada program realiti yang tersilap lagu semasa menyanyi. Minus one lagu lain tidak seperti yang diumumkan oleh pengacara. Maka kucar kacir lah persembahannya. Ditambah lagi dengan suara penyanyi asal di dalam minus one itu yang menenggelamkan suaranya.
(Kami pun sebenarnya tidak kenal siapa yang menyanyi sebab kami tidak mengikuti program realiti tersebut dan namanya pun jarang keluar di dalam suratkhabar gosip)
Rehat di antara set adakalanya amat panjang. Sebelum dua set terakhir kami berhenti rehat selama dua jam lebih. Bila banyak kali berhenti,tumpuan sudah menjadi pudar.Bila orang besar (VVIP) datang,aturcara berubah lagi kerana orang besar ini memerlukan wanita cantik jelita yang menari-nari untuk halwa mata dan telinga.
Kami pun bermain dengan jayanya selepas itu dan menamatkan persembahan dengan rasa penuh kepenatan. Alhamdulillah, bayaran diselesaikan dengan cheque selepas itu.
Seminggu berlalu, Azman Jan menerima satu surat daripada bank. Sangka beliau, satu pemberitahuan bonus atau dividen kerana simpanannya yang cemerlang. Ajaibnya,cheque itu sebenarnya ditendang oleh pihak bank!
Sehingga sekarang masih belum selesai.
Oleh itu,marilah kita sama-sama nyanyikan lagu ini ,"Apa guna berjanji,kalau tak ditepati" (ehsan P Ramlee) . La la la

4 comments:

Dr. Bentara said...

Ini la yang dikatakan kena 'kapur' dengan promoter?

Syamsulfaiz said...

Laa, boleh pulak bagi cek tendang. Takkan kosong kot dalam akaun diorang. Berapa million DS charge kali ni?

Dewangga Sakti said...

Abg Ben,
ha ha.Mesti tuntut ni!

Syams Al Faiz,
Bayaran spt kebiasaan tapi daripada 11 pagi sudah ada di tempat kejadian sehingga 9:30 malam.

wahyun said...

tokeyunta makin menggila nmpknya di dubai...
dulu setakat ringgit2 jek urusniaga...
sekarang ni dh 'up' bnyk...
soalan pn tanya psl million2...
haha...
mana wang saku bulanan yg dijanjikan? ini YB tido ka???