Hari seterusnya diadakan acara perasmian ASEAN Culture & Tourism Fair 2009 yang diadakan di
Hotel Lotte. Untuk pengetahuan,ini adalah julung-julung kalinya program ini dianjurkan oleh
Pusat ASEAN-Korea yang baru ditubuhkan kira-kira dua tahun lalu. Di antara objektif pusat ini adalah meningkatkan perdagangan , pelaburan, pertukaran budaya dan pelancongan di antara Korea (di dalam konteks ini Korea Selatan) dan negara-negara Asia Tenggara.
Kebanyakan negara menghantar tarian kecuali Malaysia, Indonesia dan Vietnam yang menghantar pemuzik. Indonesia dengan Arumba iaitu Alunan Rumpun Bambu yang terdiri daripada angklung, angklung bass, gambang buluh ,gendang dan penyanyi. Vietnam pula dengan instrumen tradisional mereka.
Sebelum itu pada pagi Jumaat sebelum perasmian pada malamnya,kami berkesempatan di bawa oleh penterjemah dan pengurus kami,Kim Hyoyoung dan Kim Heegon ke
Namdaemun iaitu satu pasar yang agak besar dengan deretan kedai-kedai pakaian, cenderamata, barangan kulit dan lain-lain lagi. Tempat ini juga terkenal dengan keronsang (murah di sini) yang antaranya dieksport ke Malaysia. Kami juga bertemu dengan produk Malaysia seperti kopi AliCafe yang banyak kami temui di sini. Malah kedai RotiBoy juga kami temui (bukan satu tetapi banyak).
Namdaemun bermaksud pintu selatan yang merujuk kepada salah satu pintu di kerajaan lama Korea. Lokasinya boleh dihubungi oleh sistem tren yang efisyen dan antara pasar tertua dan terbesar di Korea. Di kesempatan yang sama,kami dibawa oleh Syed Zulkifli, timbalan pengarah Tourism Malaysia(TM) Seoul ke pejabat TM di sana dan dibawa bertemu Pengarah, En Amirul. Di pejabat ini,hanya dua orang dari Malaysia. Lima lagi adalah warga Korea.
Setelah itu,kami bersiap ke hotel Lotte untuk mengadakan semakan bunyi. Satu kejadian tidak diingini berlaku beberapa jam sebelum perasmian. Abdul Raof tertinggal samping dan songkok di dalam bas. Pemandu bas pula berada jauh dari lokasi kami. Setelah menelefon, pemandu bas akhirnya kembali semula lebih awal ke hotel . Mungkin kami telah mengganggu keseronokan beliau di tempat lain kerana memanggilnya pulang lebih awal ke hotel . :)
Untuk acara perasmian, setiap negara diperuntukkan lima minit sahaja dan kami memainkan satu lagu. Abdul Raof diamanahkan untuk menyanyi kali ini kerana penyanyi tidak dapat hadir ke Seoul (kuota hanya empat pemuzik sahaja). Beliau yang pada asalnya pucat kerana tertinggal samping dan songkok berjaya menyempurnakan nyanyian dengan baik (dan naik syeikh seperti biasa! ;) ) ---
(Irwan mencadangkan dipakai kain pelikat diikat ke kepala jika songkok itu betul-betul hilang)
Duta Malaysia ke Korea hadir memberikan ucapan di perasmian tetapi kami tidak sempat berjumpa kerana selepas ucapan,beliau bergegas keluar untuk aturcara yang lain.