Monday, October 12, 2009

Yongsan






Selesai perasmian,esoknya hari sabtu bermulalah ASEAN Culture & Tourism fair 2009 di Plaza Yongsan. Tempatnya amat sesuai kerana dihubungkan dgn stesyen tren dan dikelilingi oleh pusat komersial dan perdagangan.
Seawal 9 pagi,kami sudah bertolak ke tempat persembahan kerana kami perlu menjalani raptai dan semakan bunyi. Jika semalam Abdul Raof tertinggal samping dan songkok di dalam bas, kali ini sampingnya betul-betul hilang. Entah di mana ditinggalkannya. Mujurlah ada samping lebih dibawa oleh Norman.
Walaupun cuaca 16 darjah ,tetapi di kala tengahari panasnya agak terasa dan jadual persembahan kami pada jam 1:50tengahari. Kali ini slot persembahan kami selama 25 minit. Di saat-saat kami ingin memulakan persembahan ,semua nota dan senikata lagu hilang daripada simpanan Abdul Raof. Aduh! Kami terpaksa menulis semula. Nasib baik tidak banyak lagu dan lagu-lagunya dihafal oleh ahli kumpulan. Jika tidak,nampak gayanya terpaksalah berpantun apa yang ingat.
Persembahan ini juga diserikan oleh penari-penari yang mengiringi kami di Yong-in. Di akhir persembahan mereka mengajak penonton untuk berjoget bersama. Suasana cukup meriah ketika ini dan Abdul Raof hampir sahaja meletakkan rebana dan turun ke bawa pentas. Berpeluh-peluh kami ketika ini kerana cuaca sangat terik.
Selesai persembahan, kami menjamu selera di sebuah restoran di Plaza Yongsan. Apa lagi makan makanan Korealah!
Jam 8 malam kami dijadualkan untuk satu lagi persembahan selama lima minit di ruang atas Plaza Yongsan(juga didirikan pentas) dan kali ini kami hanya memainkan satu lagu diiringi oleh penari jemputan kami.
Hari seterusnya kami dijadual membuat persembahan pada jam 5 petang.

9 comments:

Syamsulfaiz said...

Bravo DS ! Abdul Raof gayanya kelam kabut sekali. Mungkin ada sesuatu atau seseorang yg bermain di hati. jeng..jeng

wahyun said...

mmg sah la kena mandi bunga 7 tempayan...hahaha!

LadyTuscany said...

syamsulfaiz, pada hemat saya sikap cemerkap itu kadang-kadang comel juga :)

wahyun, ko pernah ke jumpa shaira amira tu kat uia?

Sang Paus Adang said...

cemerkap = comel?...hmm... memerlukan kuasa telepati untuk mendigesnya :P

LadyTuscany said...

betul tu sang paus! hihi

cop! kamu ini ikan paus kah, atau pope vatican kah?

haa, kamu jangan ikut tercicir wallet merata-rata tau paus. susah nak cari kat bikini bottom tuh. haha

Sang Paus Adang said...

Masakan kamu tidak kenal siapa aku?.. Raja Lanun di perairan laut cina utara bersama Raja Yu Hitam!!

LadyTuscany said...

ampun tuanku jack sparrow eh!, sang paus adang penguasa laut cina selatan utara, maafkan patik kerana kurang periksa. akan tetapi patik sudah jelas sekarang. tuanku itu yang banyak belaan “Aro” di dasar bikini bottom kan. Amacam bisnes, ada bagussss?

Awie Tough said...

Hei Sang Paus!Lu suka nak bikin panas kat area gua ek?karang gua panggil sinaganaga sembor api kat lu punyer kapal, baru lu tau!

Raja Yu Hitam said...

Awie Tough!Ingatlah pabila keranda dibawa,barulah bercucuran airmata!
LT,...kami tidak berminat utk membela ikan Arowana di bikini bottom,kerana wilayah itu berada dibawah naungan 'The Flying Dutchman'.