Monday, October 19, 2009

PuKAP




Semasa kami masih di Korea,Azman Jan menghantar mesej mengatakan ada persembahan hari raya MDeC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PuKAP). Mula-mula,kami rasa sangsi dengan mesej Azman kerana jadual asalnya bukan pada tarikh tersebut. Akhirnya kami pun setuju. Maka sehari selepas kami tiba di tanahair tiga minggu lepas(tiba tengah malam), paginya kami terus ke Putrajaya pada jam 10.30 pagi.
Azman memecut kereta dengan laju melalui lebuhraya KL-Putrajaya kerana kami telah lewat. Dua ahli yang ada di dalam kereta masih belum bersarapan pagi. Kami berempat ketika itu di dalam kereta. Irwan menunggu di Putrajaya kerana rumahnya hanya 10 minit dari sana. Wahyun pula tidak dapat hadir kerana ada kerja penting di firma.(Maklumlah akan tamat latihan dalam kamar dan bakal bergelar peguam nanti)
Kami tiba tidak lama selepas itu. Kemudian kami lihat PuKAP senyap sunyi seperti tiada acara. Azman melihat semula mesej yang diterimanya.
" Alamak,kita dah salah tempat. Bukan kat sini,tapi di Pusat Konvensyen KL dkt KLCC tu!"
Hah? hahaha Nampaknya kali ini virus Pak Abdul menyerang Azman. Kami pun terus ke KL. Mujurlah mereka baru sahaja siap memasang peralatan untuk semakan bunyi. Majlis hari raya MDeC diserikan dengan penampilan Jayjay,Jaclyn Victor dan ramai lagi.
Set persembahan banyak dan ahli makan dengan berhati-hati kerana tidak mahu terkena virus Abdul Raof yang muntah-muntah sejak menaiki kapal terbang sehari sebelumnya . Pagi sebelum persembahan juga dia muntah buat kali terakhir. Besar kemungkinan diracun ketika makan pagi terakhir di Hyundai Residence,Seoul.
-------------------------------------------------------------------------
Kami akhirnya beraksi di PuKAP setelah memenuhi undangan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (KESTI atau MOSTI) di minggu selepas itu. Juga untuk sambutan hari raya. Kali ini semakan bunyi jam 10:30 pagi dan persembahan hanya akan bermula jam 4 petang. Turut membuat persembahan adalah pelajar sekolah CBN. Majlis agak formal dan tamat sekitar jam 5 petang.
Satu kejadian tidak diingini telah berlaku bila Abdul Raof kehilangan dompet yang diletakkan di dalam begnya. Ini disedarinya ketika sampai ke kereta. Muka Abdul kelihatan begitu pucat dan cuba ditenteramkan oleh sparring partner beliau,Wahyun.
"Rileks. Mungkin kau salah letak",itu kata Wahyun cuba mengubat kesedihan Abdul.
Puas beliau mencari dompet tersebut- di belakang pentas, tandas,surau dll.
Dokumen spt MyKad,lesen memandu,kad bank dan wang sebanyak RM300 ada di dalam dompet tersebut.
Akhirnya kami menyarankan supaya beliau melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak pengawal.
Ahli-ahli kemudian mengumpulkan duit sebagai derma kepada Abdul.
Kami pasrah. Abdul Raof juga pasrah.
Kami kemudian ke rumah Wahyun untuk jamuan hari raya. Belum lagi sempat kami bergerak, Abdul Raof mendapat panggilan telefon. Muka yang pucat dan merah sebelumnya bertukar menjadi cerah dan berseri-seri.
Kami pun pergi ke rumah Wahyun.
Di dalam kereta,semua memaki hamun Pak Abdul. "Apa lah tuduh orang curi, ada pencuri bla bla bla pelupa bla bla tak cukup tidur bla bla surau haha"
(Abdul Raof mendapat semula dompetnya yang hilang . Dompet dijumpai oleh insan baik hati di tandas dan menghantarnya ke tempat pengawal. Semua dokumen dan wang tidak berusik. Cuma sekeping gambar sahaja hilang)

6 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Ish,ish Raop, Raop. Muda-muda pun sudah pelupa ini.

Budak Convent CBN said...

rouf ni ada sakit insomnia.
menurut sumber sohih,ia hanya bermula sekembalinya beliau daripada United Kingdom lebih kurang 4 tahun dahulu..
katanya cuaca malam di malaysia tidak begitu cocok untuk aktiviti tidur..

masalah tambah genting apabila beliau menyambung pengajian Master-nya sejak tahun lalu, di mana seperti semua telah maklum.. kehidupan tipikal sa-urang pelajar adalah sangat sosial dan tidur waktu malam bukanlah satu kewajipan sepertimana ketika beliau menuntut di Sekolah SMAP Kajang dahulu.


sumber ni boleh dipercayai pasal dia bernama rouf juga.kalau dia tipu maknanya aku dan kau orang semua pun kena tipu.

syamsulfaiz said...

Banyak sangat makan kepala ikan Raof ni. Tapi sekeping gambar hilang tu memang misteriiii..

wahyun said...

terima kasih pd encik pengawal yg jujur dan amanah.

terima kasih juga pada anak2 kapal yg datang umah. mak gua sangat hepi sbb anak2 kapal dtg dan makan dgn gembira.

wakasilang.. said...

terima kasy mokcik!
pulut durian tetap legend. raya haji jemput lagilagilagilagilagi....

Unknown said...

Manusia memang mudah untuk memberikan kesimpulan terhadap apa yang mereka lihat... sedikit yang cuba memahami.