Jumaat lepas ketika kami sibuk membuat persiapan untuk sebuah persembahan sempena Debat antara sekolah di UIA, Tokeyunta kembali ke tanahair dari Dubai.
Petang Sabtu ketika kami menyambung rakaman di studio PurpleSound ,Tokeyunta telah muncul dengan membawa bass gitar yang baru dibelinya pagi itu, Fender Jazzbass yang menjadi idamannya sejak kami di kampus lagi.
Ketika beliau sibuk sedang menunjukkan bass barunya kepada jejaka kacak, Irwan ,aku dan Raof berkonspirasi mencari kedai Resepi Rahsia untuk membeli sebuah kek sempena hari lahir beliau. Ya! Kami telah membuat kejutan sempena hari lahir beliau. Jika dua tahun lepas, gadis-gadis Chengdu membuat kejutan kali ini giliran kami pula membuat kejutan. Ternyata dia amat terkejut.
Sesi menjadi lebih meriah dengan cerita -cerita dari Dubai yang dikongsi bersama ahli-ahli kumpulan.
Sesi rakaman kali ini memasukkan track gitar dan akordian untuk lagu kedua dan melakukan sedikit rakaman semula kepada asas lagu pertama.
Beliau bercerita tentang Dubai yang dilanda salji dan hujan yang turun dengan banyaknya di Dubai pada tahun ini.
" Cuba fikir sejak bila perkara ini terjadi?" ,Irwan bertanya sambil disambut gelak ketawa ahli lain.
Tokeyunta juga semakin gelap kerana keadaan cuaca. Beliau juga memberitahu ladang unta hanya berdekatan pejabatnya .Ada juga cerita berkenaan lomba unta di sana.
Selamat hari lahir, Syam! (Beliau kembali semula semalam ke Dubai meninggalkan anak dan isteri di Malaya. Harap-harap beliau membaca jadual penerbangan dengan betul kali ini)

6 comments:
Salam hari lahir. Mudahan kalian dapat mencipta lagu Melayu bernilai dan berjatidiri membangun anak bangsa...
ya ahli DS, terimakaseyyyy...memang aku terkujat beruk tetiba ada kek. Dah la mula2 tu aku ingat kek halia...rupanya kek pisang. Apa2 pun aku jeles tak dapat join korang rakam lagu. Studio Purple Sound rules !
Terimakaseyy sekali lagi DS, gua ingat sampai mati.
ya sambil rekoding makan kek!
Takkan kek je? hadiah tak de ke?
hadiah die dah bli sendiri...haha! fender jazzbass tuh...
tahniahh laa long...
Post a Comment