Opick membuat penampilan pertama di Malaysia dengan mengadakan konsert berskala sederhana di UIA minggu lepas. Walaupun sederhana, sambutannya amat menggalakkan dengan auditorium penuh. Program pada asalnya dijadualkan di dewan lebih besar tetapi ditukar saat-saat akhir kerana PM Najib mempunyai program di UIA.
Kebetulan pula persembahan beliau di malam Nisfu Syaaban ,malam jumaat. Malam penuh barokah.
Inisiatif AIKOL (Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws,UIAM) amat dialu-alukan dengan memanggil Opick (dari Indonesia) yang amat terkenal dengan lagu-lagu kerohanian (dia menyebutnya sebagai religi) atau boleh sahaja kita gelarkan nasyid tetapi di dalam konteks yang berbeza daripada Malaysia. Di saat nasyid di Malaysia sudah memasukkan pelabagai elemen yang sukar membezakan lagu nasyid dengan rentak R n B atau pop, lagu-lagu Opick amat bersahaja dan kedengaran cukup ikhlas. Vokalnya amat baik dan jika sahaja muzik tiada, vokalnya sahaja sudah amat kuat menarik khalayak.
Lagu-lagu sepertti Assalamualaikum (boleh tonton di sini ), Sedekah (di sini) atau Ketika Cinta Memanggil (yang menjadi lagu tema filem Perempuan Berkalong Sorba -juga dinyanyikan semula oleh Siti Nurhaliza) menjadi amat menyentuh perasaan. Opick juga bijak berkomunikasi dengan penonton dengan mengajak mereka berselawat dan menyanyi bersama.
Di majlis yang sama, kami juga diundang untuk memeriahkan malam tersebut dengan persembahan pembukaan . Majlis juga diserikan dengan Poetry Club,UIAM dan kumpulan Devotees.
(Terima kasih kepada seluruh AJK, Dr Iqbal dan AIKOL yang mengundang kami)

14 comments:
Sempoi lagu2 religi Opick.
Sempoi juga aku tengok rambut Dr Iqbal sekarang. Kenapala Dr Iqbal takde masa zaman aku matrik dulu. Mesti dapat simpan rambut dgn selesanya.
Lain kali harap event dapat direncana on weekends. Hari kerja susah la cek nak join. Tak sempat dari Putrajaya nak redah MRR2 tu, hu..
waduh...mas along, simpan rambut panjang2 xkan menjanjikan keselesaan yg hakiki...
eyp?? lady dok putrojoyo?
sekampung la...aiseh...
Putrojoyo tu kampung Wahyun..sompek yo sampai ko Gumbak.
Kampung Den pun belakang Prang Bosar tu yo!
mana sempat kalau dah hari-hari balik pukul 7 bro.. wahyun, ko dok Putrajaya?? Klo turun Alamanda btaula aku, kita lepak2 sap rokok 2,3 batang. sape free jom join aku tengok teater Kopitiam - Faisal Tehrani lusa ni!
tabik :)
wahyun, kalau lepak ngan lady tuscany kat alamanda ke sekitar2 putrajaya, jgn lupe ngajak ye? ley photoshoot korang dating...huauahuauahuahuahua
ni afsal ada elemen jealousy kat blog sebegini?
relaks pari2. this aint no date. im wayyy older than wahyun. lets jus call it a friendly gesture. nwy, aku turun alamanda lepas keje arini. wearing smoke nubuck. jom pari2, catch me if u can ;)
rase cam 'hot' stuff plak...
uhuhuhu... mas boy, mari mandi di PD!
cik lady slalu lepak alam anda?
Kdg2, for lunch + lepak mph.
harini ifthar di Alamanda, insha Allah (org blanje, hee!)
p/s: Tau tak kat Raub pun ada Alamanda. Tak caya gi tgk, lepas tu langsung ke Jeram Besu - kita white water rafting!
mkn siang dan toko buku MPH?
keje mane?
kompleks E kah?
kompleks E??
*LT geleng kepala
The online translation portal YakuYaku is recruiting translators in order to extend its listing of translators available for new assignments. Assignments are then distributed depending on several factors forイprofessional translation services. Assignments are posted by clients directly and their volume and pricing may vary
and You will be informed whenever you can send a quote for a job.
Another advantage of our system, All sorts of user generated tips are online Are also provided a resources and help section with everything you need.
Have problems? Enter our board and ask your questions there.
Post a Comment