Wednesday, September 23, 2009

S(e)oul Searching






Kami tiba di Seoul jam 7:20pagi waktu tempatan (waktu mereka sejam lebih awal). Pemeriksaan imigresen tidak mengambil masa yang lama seperti dialami di Jepun sebelum ini. Tiada soal jawab yang panjang. Rasanya tiada perbualan langsung. Cuma menjadi persoalan kepada seorang warga tempatan yang melepaskan angin perut di depan Abdul Raof semasa menunggu pemeriksaan Imigresen. Itu menjadi kemusykilan dan prasangka kepada semua ahli.
Ketibaan kami disambut oleh pengurus dan penterjemah dilantik ASEAN-Korea Centre. Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Korea juga tiba selepas itu. Rupa-rupanya beliau mengenali kami kerana pernah melihat persembahan kami di KL pada tahun lepas.
Tidak sempat kami ke hotel penginapan selepas itu kerana kami terus dibawa untuk sesi lawatan ke muzium seni Korea yang terkenal dan pusat seramik terkemuka yang berada di tempat yang sama. Sebelum itu, kami dijamu dengan hidangan makanan tradisional Korea di sebuah restoran di dalam perjalanan ke muzium tersebut. Nasi yang dipanggil bi bim bab itu adalah nasi yang dimasak di dalam mangkuk tanah liat dan digaul dengan segala macam sayur-sayuran. Ikan bili kecil juga dimakan bersama. Rasanya sungguh enak sekali.
Kami juga diberi peluang melukis sendiri hiasan pada cawan di tempat seramik tersebut. Kami diberitahu hasil itu akan diberi sebelum pulang nanti. Selain itu,kami juga mencuba pembuatan seramik di tapak tersebut. Nampaknya majoriti gagal di dalam pembuatan ini. Mungkin kerana terlalu letih dan hilang tumpuan.
Kami tiba ke hotel pada jam 6 petang. Penginapan di Hyundai Residence dengan dua orang setiap bilik. Bilik amat selesa dengan dapur, peti ais dan mesin basuh tersedia di dalamnya.
Kemudahan untuk internet pula disediakan di ruang lobi dengan dua komputer tersedia untuk kemudahan tetamu hotel.
Esok -pra persembahan akan diadakan di luar Seoul. Program bermula 25-27hb di Plaza Yongsan.

4 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

agaknya budaya korea kot kentut depan tetamu sebagai ucapan selamat datang?

wahyun said...

prooooot!

selamat datang ke korea!
(latar lagu - sinar mentari oh! korea...)

Alina said...

seramik tu boleh jadi masterpiece.

Anonymous said...

event khamis ini utk apa ya? puas mengscrutinize website PICC, MSC dan MOSTI tp tak ada info. boleh kah siapa-siapa hadir, jam berapa dan di dewan mana? trimas