Tuesday, July 03, 2007

World Music?


The term World music includes:
Traditional music (sometimes called folk music or roots music) of any culture that are created and played by indigenous musicians or that are "closely informed or guided by indigenous music of the regions of their origin",including Western music (ie. Celtic music). Most typically, the term "world music" has now replaced "folk music" as a shorthand description for the very broad range of recordings of traditional indigenous music and song from around the world
Other non-Western music (including non-Western popular music and non-Western classical music)
The term "World music" does not include:
Western popular music
Western Art music (ie. European classical music)
(Definisi di atas diambil daripada laman web Wikipedia)

Bilakah perkataan ‘World Music’ mendominasi kamus pemikiran muzik artis/pemuzik dan peminat muzik kita?
Sekarang kita dapat mendengar peminat atau pemuzik di Malaysia membicarakan ‘World Music’ dengan rujukan kepada ‘World Music’ ini tertumpu kepada muzik yang bernuansa keAraban ,sedikit irama Latin dan rentak-rentak daripada Afrika(Nah!Itulah pemahaman mereka). Jika mengikut definisi yang senang difahami, ‘World Music’ merujuk kepada muzik tradisional yang kadang kala dipanggil muzik folk atau akar daripada sebarang budaya seluruh dunia dan juga muzik non-western(bukan barat) yang lain. Dalam hal ini,muzik tradisional kita daripada pelbagai bangsa dan suku kaum(Sabah dan Sarawak) termasuk muzik daripada masyarakat Orang Asli di Malaysia juga termasuk di dalam kategori ini.
Beberapa pengkritik di barat tidak bersetuju dengan terma ini kerana berpendapat terma ini menampakkan nilai muzik bukan barat yang eksotik (aspek pamasaran komersial) dan menyarankan untuk memasukkannya ke dalam genre barat sedia ada seperti folk, pop,jazz, dll. Kewujudan kategori seperti ini mewujudkan jurang di antara muzik barat dan bukan barat,kata mereka lagi.
Negara kita juga tidak sunyi daripada perkataan ini. Rainforest World Music Festival yang diadakan di Sarawak juga memakai terma ini dan berjaya menarik pemuzik etnik/folk daripada seluruh dunia selama sepuluh tahun iaitu sejak pertama kali diadakan pada tahun 1998.Satu festival yang bernada sama juga bakal diadakan di Pulau Pinang dengan nama ‘World Music Festival’ bulan Julai ini,seminggu selepas festival di Sarawak.
Di Malaysia fikiran kita disempitkan dengan menerima genre ‘World Music ‘ bukan daripada apa yang ada di persekitaran budaya kita. Apabila artis seperti Yassin, Waheeda, Mawi memperkatakan tentang ‘World Music’ ,mereka merujuk kepada muzik Arab atau Latin. Bukannya tradisi muzik di Malaysia –muzik Melayu seperti zapin,joget,asli dan yang lain yang jatuh di dalam kategori yang sama. Atau muzik dari kaum Orang Asli seperti Semelai,Temuan dll.
Ungkapan seperti ‘saya memasukkan unsur World Music ke dalam album terbaru saya’ yang lahir daripada mulut mereka kedengaran amat gah.Kepada sebilangan peminat, itu seperti satu perkataan magis yang bakal membuahkan eksperimen melampaui batas dan menghasilkan muzik baru.
Kenapa kita tidak berkata begini, Saya memainkan ‘World Music’ iaitu muzik tradisional Melayu!’ dan memasukkan rentak tradisional kepada muzik kita dengan gendang,rebana,rebab dan pelbagai instrument tradisional yang lain.
Contoh terbaik perkara ini adalah pemuzik/artis di India yang tidak lupa akar tradisi mereka. Tabla,sitar dan instrument tradisional mereka yang lain tidak dilupakan di dalam komposisi lagu popular mereka(Cuba lihat lagu di dalam filem Bollywood). Mungkin sebab itu muzik India terkenal di seluruh dunia dan menjadi bahan kajian pemuzik ternama dunia yang begitu terpengaruh dengan muzik mereka. Buktinya pengaruh pemain sitar,Ravi Shankar dan pemain tabla, Zakir Husin yang mengangkat muzik India ke status paling tinggi.
Anda setuju dengan terma ‘World Music’?
Keterangan gambar: pemuzik etnik dari Laos di ASEAN Tourism Fair,Sapporo,Jepun (Oktober 2006)

4 comments:

Gemala Kasturi said...

Emmm world Music? mmg pelbagai presepsi org tentang perkara tersebut, tapi biar saja mereka dengan world worldnya .. kita? terus-terus saja memainkan irama tradisi kita. :)
Jemput ke blog baru saya.

Dewangga Sakti said...

Gemala kasturi,
Ya,saya setuju.Terma itu sendiri sebenarnya sudah dilacurkan untuk menampakkan nilai eksotik kepada muzik yang sudah begitu indah.
Kita panggil sahaja muzik tradisional.Itu lebih baik.
Aliran apa? Biarkan pendengar menilainya.

Unknown said...

Banner Pesta World Music di Taman Botanical, Penang sudah mula kelihatan di mana-mana...

Dewangga Sakti said...

JR,
harapan kita semoga festival sebegini terus berkembang dan peminat/ pemuzik Malaysia dapat belajar sesuatu daripada kumpulan terkemuka luar negara.Jangan nanti dikomersialkan untuk faktor mengaut keuntungan semata-mata atas nama pelancongan.
Rainforest di Sarawak sudah berjaya.Selain persembahan utama pada waktu malam,ada talk,workshop dan aktiviti lain yang menarik.Sesi jamming juga menarik.Saya pernah ke sana pada tahun 2004 dan amat teruja dengan semua persembahan dan bengkel.
Inilah satu-satunya festival yang berjaya di Malaysia dan diiktiraf serata dunia.Daripada penonton ratusan orang sudah mencecah 15-20,000 orang.