Tuesday, October 16, 2007

Salam Lebaran

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.Dengan limpah kurniaNya dapat kita menyambut Hari lebaran dengan tenang tanpa bencana alam atau peperangan. Walaupun begitu,jangan dilupakan insan yang kurang bernasib baik di tanahair kita.Ketahuilah setelah setengah abad kita merdeka,jurang kemiskinan masih lagi tinggi.Jika kita menukar baju raya dan makan kuih buat yang dibeli,masih ada lagi yang tidak mampu akan semua itu.
Oh ya! Program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 semalam berjalan lancar.Kami tiba seawal 9:30 pagi untuk melakukan 'sound check' dan rehearsal. Kami diminta mengiringi Amylea (AF3) untuk dua lagu iaitu Suasana Riang di Hari Raya (Junainah M Amin) dan Pulang di Hari Raya (Noor Kumala Sari).Selain itu slot kami untuk persembahan sebelum iklan (suasana Hari Raya) dan lagu Selamat Hari Raya (Ahmad Jais).Permintaan awal untuk lagu penghujung program yang akan dinyanyikan beramai-ramai adalah lagu Saloma (Selamat Hari Raya---mintak mak kuih sepotong). Akhirnya lagu penghujung ditukar kepada lagu Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid). Lagu Noor Kumala yang catchy dan upbeat tidak dapat didendangkan kerana kesuntukan masa.
Apa-apa pun kami seronok betul dgn program ini! Dapat pula bertemu dan jamming bersama-sama Jamie Wilson,gitaris tersohor yang juga suami kepada Ruhil di lagu terakhir.Selesai acara,program yang ditunggu-tunggu iaitu makan!ha!ha!
Setelah itu,kami sempat berbual-bual bersama Jamie (apa da pemanggil di talian cakap artis jemputan namanya Jamal!ha!ha!) tentang kumpulan beliau bersama pemain sitar terkemuka negara,Samuel J Das iaitu kumpulan PRANA (yg ditukar namanya kepada VARNA)--sebuah kumpulan fusion yang amat hebat di dalam rakaman dan 'live'!Juga tentang pengalamannya mengiringi artis di Malaysia dan luar negara. Kami banyak berbual di dalam bahasa Melayu!Sedikit sahaja bahasa Inggeris.Ya! Jamie yang asalnya warga Australia boleh berbahasa Melayu dengan baik.Bukan macam sesetengah daripada kita yang malu berbahasa Melayu!
Terima kasih kepada penerbit atas undangan dan semua warga kerja TV3 yang memberikan kerjasama kepada kami dengan begitu baik.Tiga minggu dengan tiga penampilan di TV3!
Majulah rakyat untuk Malaysia tercinta!
---pasca acara kami beraya ke rumah Syamsul di Klang Gate.Hajat hati sebenarnya ingin melihat dan melawat kucing parsi beliau!Apakan daya tangan tak sampai! Kucingnya masih di tempat penjagaan di kedai haiwan(hotel katanya --RM15 sehari!).Terpaksalah kami membayangkan kucing itu beraya bersama kami sambil makan kuih raya!ha ha

1 comment:

Anonymous said...

tgk korang hari tu.. tu pun kebetulan, tumpang bangge la jugak.. dgn mat rock pakai songkok konvo lagi. hahaha

tahniah2!