Jam 7:27 malam.Satu sms diterima daripada Syamsul yang mengatakan baru sampai ke rumah dan mahu berbuka puasa dahulu. Memandangkan set kedua persembahan akan bermula dalam masa 10 minit,kami menasihatkan beliau supaya tidak datang.Setelah selesai majlis baru kami tahu sebenarnya beliau berada di dalam kesesakan lalulintas yang teruk daripada PJ ke Klang Gate.Terpaksalah beliau menahan perasaan tidak dapat menyertai anggota yang lain.
Inilah persembahan yang paling dekat.Sekurang-kurangya untuk tiga atau empat orang anggota yang tinggal di Gombak.Tempat persembahan di Danau Kota. Zul,Norman dan Azman hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk sampai.Macam pergi minum teh di Al Makan atau D Kayu.Oh!Alangkah seronoknya!Buat lah lagi di sini!
Ini majlis berbuka sebuah syarikat di sini.Kami memainkan lagu-lagu ketika menunggu berbuka dan selepas solat,beberapa lagu lagi mengikut permintaan daripada pihak majlis.Tempatnya pun kecil sahaja tetapi kiri kanannya dipenuhi cermin kerana asalnya tempat ini sebuah studio tari.Di bawahnya sebuah restoran makan Thai.Nasib baik Syamsul tidak hadir.Jika tidak,pasti dia gembira melihat sekeliling yang dipenuhi cermin.
Oh!Alangkah terkejutnya kami ketika lagu joget kelab sukan Johor dimainkan,beberapa orang hadirin ke depan pentas untuk berjoget.Lagu yang pendek menjadi panjang dan keseronokan dapat dilihat di muka anggota.(sebenarnya tengah tunggu nak makan lagi tu!he he!)
Kali ini Raof tidak dapat datang dan pemain gantian iaitu Wahyun yang merupakan ahli bersekutu (associate member) telah dipanggil daripada sebuah universiti terulung UIA untuk bermain perkusi.Selamba saja mamat ni!Bukan praktis pun!ha ha
Oh!Malam tadi bertekak dengan mamak D Kayu.Tidak minum ais kena bayar juga.Rupa-rupanya yang dimaksudkan adalah tax (cukai). Macam mana boleh salah sebut ais? Ais dengan tax sama kah?
3 comments:
associate member...hahaha.
satu nama yang 'gerek' seh...
sumpah dekat.memang 'heaven' lah.silap2 nanti ada 'show' kat rumah jiran yang terletak kat depan rumah sendiri!
p/s; tentu sempat nak ambik songkok 'anti air' dan 'baju takwa' dari rumah sendiri!
bung norman...baju takwa dan peci dari indonesia...(hehehehe...)
aah..memang dekat..sampai basah kuyup aku di buatnya
bringinrendang,
Songkok anti air itu berkualiti tinggi.Siapa yang memakainya akan kelihatan segak dan tampan.
Nanti ada jemputan rumah depan sahaja untuk jamuan berkhatan.Main lagu 'Jangan Takut berkhatan' dan 'Baik untuk kesihatan'.
Ini lagi dekat.
Post a Comment