Monday, February 18, 2008

Ini dia Wah Yun Kua




Jejaka kacak bergaya ini kukenali ketika melatih band UIA untuk lagu tradisional pada tahun 2005. Kononnya untuk persembahan di Konvo UIAM yang gah. Bila Cik Zakiah (pernah menganggotai kumpulan ini sebagai pemain keyboard) mengusulkan kepadaku perlantikan ini,tulis sahaja namaku sebagai penyelaras,bukannya jurulatih kerana aku pun bukannya melatih mereka! Cuma menyelia mereka menjadi gila dan enjoy membuat persembahan.ha ha
Lalu jejaka ini kukenali.Yg lain-lain,seperti kata mereka adalah sejarah.
Di tahun yang sama juga kukenali seorang lagi jejaka kacak yang pernah menganggotai kumpulan ini(juga masih bermain atas persembahan-persembahan tertentu) iaitu Irwan Effendy (bukan IrwanSyah!). Kumpulan yang telah kuseliakan menjadi gila itu rupa-rupanya memang gila!Terdapat beberapa insiden yang mengesahkan kegilaan mereka ini. Beberapa nama lagi juga telah diserap sementara ke dalam kumpulan ini .Di antaranya adalah pemain violin iaitu Atiyah yang khabarnya sekarang sudah berkahwin.
Irwan sekarang ini menetap di Pulau Pinang kerana tugas dan bermain akordian setelah bosan dengan instrumen gitar.Persembahan terakhir bersama kami adalah ketika konvo Cosmopoint bulan lepas.
Berbalik kepada jejaka di gambar ini.Namanya Wahyun. Boleh dicinakan menjadi Wah Yun Kua.Bukan adik beradik Wah idris. Kepakarannya adalah bermain perkusi seperti rebana,darbuka dan baldi. Sempena raya cina,dia telah membeli sebuah darbuka buatan Mesir yang amat bagus buatan dan bunyinya.Khabarnya seminggu sekali,dia akan tidur dengan darbuka yang baru dibelinya ini untuk mengekalkan ketepatan bunyi dan bentuknya.
Oh ya!Kepada wanita-wanita dia belum berkahwin.sila lah hantar permohonan anda!Dan masih belajar lagi di Gombak.
Encik Wah Yun sering dipanggil jika kami kekurangan anggota untuk latihan atau persembahan .Dia kami gelar ahli bersekutu atau teman sosial En Syam.

2 comments:

Anonymous said...

wah yun kua-mcm name org DAP jek...
kasi name masyuk sket...lee wah yun ke...kahakah...
faymes siot diriku ini...
ha...makan..makan...

Anonymous said...

salam...
ada sapa2 y sedang mencari darbuka mesir??ym sy di mohd_firdaus0802@yahoo.com....
trme kasih..