Wednesday, May 28, 2008

Penajaan

Kukenali beliau ketika mahu membeli gambus yang disarankan oleh guruku,Fadzil Ahmad pada tahun 2003. Ketika itu beliau hanya berumur 21 tahun tetapi sudah mempunyai jiwa dan semangat untuk berniaga dan menerokai peluang yang ada.Banyak juga ilmu yang dikongsinya bersamaku tentang gambus dan perkusi.Tambahan pula beliau boleh berbahasa Arab dengan baik (ibunya orang Arab) dan selalu ke Timur Tengah.
Bulan lepas setelah berbincang,beliau setuju untuk memberikan penajaan perkusi iaitu darbuka keluaran Husamwaksa kepada Dewangga Sakti. Model yang akan menggayakan adalah En Syam yang juga telah menjadi penasihat undang-undang kumpulan.(Oh ya! En Syam sekarang berada di Mir,Sarawak kerana pulang ke rumah keluarga isterinya)
Itulah Husam yang namanya sama dengan pencatat karya agung Jalaludin Rumi -Mathnawi.
Begini gurau aku kepada beliau," Tak kan darbuka sahaja.Berilah gambus atau set tali gambus!"
he he

4 comments:

Dr. Bentara said...

Yeaaa... nak dapat EP...

alamat aku...

Ibrisam Akbar
3 Pantowora Drive
Hope Valley
SA 5090
AUSTRALIA

tamlikha said...

wauw....... terharu gak rasanya bila encik bentara yg terkemuka di arena metal ni berminat dengan rilisan dewangga sakti,..... terbukti bahawa muzik mmg tiada batasan.......congrate bro!!!!

Anonymous said...

beb, darbuka tu harga dia camna kot?

jadam

www.myspace.com/mesmerized

Dewangga Sakti said...

En Jadam ,
Ada dua jenis darbuka
1) Husamwaksa(buatan Syria) - harga RM350.00
2) Alexandria (buatan Mesir) -harga RM450.00

Husamwakasa tu ringan sahaja,senang dibawa tetapi tiada beg. Alexandria tu berat dan solid serta ada beg.
Husamwaksa punya darbuka walaupum aluminium tetapi bunyinya amat bagus.Kena cuba dulu baru boleh tahu.
Di dlm show kami menggunakan kedua-dua jenis darbuka ini serta satu lagi darbuka keluaran Turki.
Jgn risau.Jika En Jadam mahu beli,ada diskaun yg amat bagus!Khas utk bekas engineer album death metal kami dahulu.he he