Thursday, June 12, 2008

Pura Singa Dua

Sabtu 7 Jun 2008
Semua ahli amat teruja setelah tiba ke apartmen yang disediakan.Kami diberikan dua bilik apartment. Bilik pertama di tingkat dua kecil sahaja tetapi di tingkat lapan amat besar dan boleh memuatkan ramai orang sebenarnya.Ruang tamu dan ruang dapurnya juga luas dengan sofa dan set televisyen.
Semua ahli PAPAN memang lebam matanya terutamanya ahli baru,penaja kami Al Husam. Ahli-ahli dibahagikan kepada dua kumpulan-kelab yang menjaga kesihatan (dan berjogging) di tingkat dua dan kelab yang memelihara binatang di tingkat lapan diketuai En Syamsul.
Kami diberitahu supaya menyiapkan diri pada jam 12 untuk ke tempat persembahan iaitu di Singapore Expo. Kebanyakan ahli menghabiskan masa membuat lawak jenaka dan latihan tangan di bilik masing-masing.Al Maklumlah semua menggunakan tangan untuk membuat persembahan kecuali Mohsen yang menggunakan suara. Kelihatan En Syamsul membawa dumb bell seperti saranan En Cohong untuk senaman ringan.
Kami ke Singapore Expo dengan van yang disediakan. Fuh! Terasa seperti membuat 'tour' . Sampai ke sana kami diberitahu akan membuat persembahan pada jam 2 petang dan kemudian ditunda kpd jam 6 petang. Kebanyakan ahli amat letih pada hari pertama ini. Kami diberikan jamuan makanan di bilik urusetia dan sempat makan di gerai-gerai yang ada di situ.
Sementara kami membuat persembahan,sempat juga melihat kumpulan kesenian dari Negeri Sembilan yang bermain cak lempong di samping berpeluang melihat kumpulan-kumpulan kesenian dari Singapura yang menarik.
Tiba persembahan. Kami mulakan dengan lagu klasik Si Dia Datang. Kami juga mempromosikan lagu-lagu yang ada di dalam CD kami yang sudah mula dijual. Secara kebetulan,warga Singapura berpeluang membeli Cd kami lebih awal kerana CD ini hanya siap dicetak sehari sebelum berangkat ke Singapura. Pada hari pertama terdapat gangguan bunyi.Rebana dan gitar bass tidak berapa kedengaran di awalnya dan kemudian beransur baik dan seimbang setelah beberapa lagu.Kami juga bermain lagu bunga Hutan dan Yaladan di samping lagu-lagu ciptaan kami sendiri.
Setting ahli pada hari pertama ini kurang menjadi kerana sepetutnya kami membuat dua 'line' ahli di pentas tetapi ahli dibahagikan memanjang yang mengakibatkan kurang komunikasi sesama ahli.
Tamat persembahan kami pulang ke apartment. Jam 9:30 malam,kami semua keluar ingin menghirup udara segar Singapura. Sementara itu,Wah Yun Kua tidak habis-habis membuat jenaka filem P Ramlee bersama Presiden PAPAN.
Aku menelefon saudara Ariffin dari kumpulan Sri Mahligai tetapi diberitahu yang beliau amat sibuk dan meminta kami datang ke Taman Warisan Melayu ,Kampung Gelam keesokan harinya(Ahad) kerana acara sambutan ulang tahun ke tiga Taman Warisan akan diadakan dan kumpulan beliau akan membuat persembahan.
Jadi,pada malam minggu itu,kami semua keluar berpesta dengan mengunjungi kedai muzik HMV diketuai oleh hantu CD kumpulan,Mr Norman.Banyak CD yang menarik tetapi duit pula tidak menarik.
Kemudian,setelah puas memegang Cd (tetapi tidak membeli) ,kami menjamu selera di sebuah restoran mamak(apatah nama -Al Madinah kot?).Dan harganya berpatutan jika kita menilainya daripada matawang Singapura kerana teh tariknya(yg amat sedap!) hanya berharga 70 sen.
Al Husam cuba mempengaruhi ahli yang lain supaya mengikutnya menonton wayang tetapi tidak mendapat sambutan.Pada jam 1 pagi,kami semua pulang ke bilik kerana kami sudah berjanji akan membuat latihan tambahan di bilik.
Pada ketika ini,semua ahli sudah mengantuk dan ada yang tertidur ketika berlatih. Azman beria-ia membetulkan TV dengan dibantu Wah Yun Kua untuk melihat siaran langsung bolasepak EURO tetapi gagal dan terpaksa ke bilik di tingkat dua.Malang sekali lagi,tiada siaran langsung tersebut.
Azman pun tidur dengan penuh kekecewaan.Tetapi hatinya terubat mendengar lawak jenaka En Syamsul.
bersambung...

3 comments:

cohong gym said...

kenapa bawak dumbell je. Lan kali bawak la sekali dengan gym, baru la macam pro bodybuilder

Anonymous said...

naik bas...x muat nak bawak..nnt ICA singapore banyak soal plak...

*ICA-Immigration and Checkpoint Authority

Anonymous said...

Pembetulan alhusam tidak menjadi lebam mata tetapi memang mata dah lebam. Semangat dan teruja kerana dewangga ke singpuree alhusam sanggup bergegas dari Pulau Pinang dan terus ke Pudu utk bersama dewangga ke sana walaupun sempat kenderaan membuat ragam manja ditengah jalan. ikutkan hati khenshel ajer. tetapi dewangga dan en zul, bukan raja zul punya pasal beta sanggup mencemar duli