Thursday, June 19, 2008

Selamat Pagi Malaysia





Semalam kami telah mengadakan persembahan di RTM untuk slot Selamat Pagi Malaysia(SPM). Malam sebelumnya kami membuat rehearsal di sana untuk memilih lagu yang sesuai.Ada ahli yang baru pertama kali ke RTM.Seronok juga datang ke RTM.Sebuah tempat yang menarik dan di tempat yang tinggi. Ada padang bola lagi.
Semua dapat hadir untuk rehearsal dan seterusnya berkenal-kenalan dengan penerbit dan staff yang lain.
Pagi Rabu,kami sudah tiba sebelum jam 7 pagi. En Syamsul dengan bangganya menghantar sms kepada semua ahli kerana tiba paling awal pada jam 6:35 pagi.Itu perkara yang jarang terjadi kerana Presiden PAPAN seorang yang sibuk.
Kami membuat persembahan sebanyak empat lagu iaitu dua lagu kami sendiri -Belayar ke Pulau Jauh (Untuk mencipta rekod dunia) dan Tertinggal Kapal Angkasa.Dua lagu lagi adalah Wajah Kesayangan Hamba (Hail Amir) dan Zapin Bunga Hutan.
Set studionya besar dan kami rasa sungguh selesa.Cuma di awal persembahan,suasana terlalu sejuk. Kami mempromosi CD kami yang baru sahaja keluar dengan penampilan di RTM merupakan yang pertama setelah terbitnya CD. Temubual juga berlangsung dengan amat santai. Akhirnya Abdul Raof (watak Pak Abdul di dlm lagu Tertinggal Kapal Angkasa)) menjadi fokus kerana dia berada di tengah sekali.Kesemua ahli mempunyai bahagian masing-masing di dalam temubual kecuali dua orang yang hujung-kiri dan kanan.Ahli baru,Wah Yun Kua juga berjaya menjawab soalan dengan baik sesuai sebagai calon pilihanraya akan datang.
Terima kasih kepada penerbit SPM dan pihak RTM kerana menjemput kami membuat persembahan.

9 comments:

Dr. Bentara said...

tahniah atas penampilan glamer di RTM. Nanti masuk AIM pulak!

Dewangga Sakti said...

Bentara,
Ha ha ha!Misi bermain muzik yg kita suka.Asalnya mereka suruh kami mainkan lagu komersial-pop kot?
Bila rehearsal kami beri CD dan mainkan lagu kami,mereka ok!

Anonymous said...

nanti aku dah banyak duit, aku nak jadi produser korg! Hehehehe.. nnt kta perform kat london ek. Ingat tok ct je ke bleh wat show kat dewan pakcik albert tu?

Anonymous said...

lagu kegemaran aku track 3 n 5... dengar 800000 kali smpai infinity kali pun tak kesah!!! saper tak beli mmg rugi!! puas hati beb! gambar pasangan yang ala-ala bersenggama tu pun mmg gila syok. hasil tangan runcing en norman mmg menggiurkan!

Anonymous said...

en Norman! I Love U!!! HEhehehehehehe

tamlikha said...

salam zoy, jika ada kesudian, hantarkanlah cd tu ke alamat:
(nama aku),
Pejabat tenaga kerja Johor Bahru,
tingkat 10, menara ansar,
65, jalan trus, 80000 jb, johor,
kasik aku akaun no. ko utk dimasukkan ongkosnyeeee, tima kasih

Unknown said...

Tak mainlah pergi AIM kan. Pergi Los Angeles mcm Mohram la kan. Sebelum itu buat show di Rainforest dulu. Bila pulalah DFP nak panggil? hehe. Tahniahlah!

Anonymous said...

DFP? aha...kite main kat DBP dulu baru la masyuk...ikut aturan abjad la kirenye... a..B..c..d..e..F...hahaha

Usratika said...

lor..awat tak habaq aritu incik zul..saya duk keje situ (rumah eksekutif)..lama tak lawat blog..hehehe..alamklumla..busy skit..

malie